Wednesday, July 17, 2013

.: Setiap yang hidup, pasti akan mati

Bila lihat orang meninggal, kita rasa macam mati tu tak akan berlaku kat kita kan? Sebab kita masih lagi menarik nafas seperti biasa, hembus juga masih macam biasa. Selera makan pun maintain aje.

Kita juga rasa macam belum lagi masa nak mati, sebab angka usia kita masih 3 di hadapan. Kita rasa kita akan mati bila dah ada cucu cicit nanti. Masa tu kita dah senang lenang menikmati pencen.

Tapi, Allah tak pernah menjanjikan hidup pada kita. Tapi Allah berjanji yang mati itu PASTI.

Kita memang sengaja dilekakan dengan keasyikan dunia. Lena dibuai kesenangan hidup. Leka dengan makanan melimpah ruah. Asyik merenung wajah di cermin, dengan senyum yang manis terukir. Terpesona dengan senda gurau insan sekeliling. Tertipu dengan khayalan hidup. Berbagai-nagai anganan dan mimpi kita cuba gapai selagi hidup...seolah olah syurga dan neraka hanya omongan kosong.

Kita bersungguh sungguh hidup untuk senang, kumpul segala kemewahan, pertahankan kemudaan dan kekuasaan yang ada, macam ini lah satu satunya alam yang ada untuk kita.

Alangkah beruntungnya kalau kita sentiasa jadikan mati tu adalah satu deadline yang surprise, dan kita berlumba lumba mempersiapkan diri kita sebelum tiba deadline itu dengan persediaan presentation untuk dipersembahkan kepada BOS besar kita kelak. Mati memang deadline segala galanya. Lepas dah mati, kita hanya mampu berharap kepada promotion daripada anak-anak cucu untuk mohon keampunan segala dosa kita dari BOS besar. Kalau anak anak cucu lupakan kita, maka tak ada lah harapan dapat promotion penghapusan dosa.

Semasa hidup ni yg tak tahu bila nak deadline ni, mari sama-sama tingkatkan amal ibadah, perbanyakkan sedekah, berdoa mohon keampunan bukan setakat diri sendiri, malah juga arwah nenek moyang serta seluruh kaum muslimin dan muslimat yang sentiasa mengharapkan doa dari kita di alam barzakh sana.

Hari ni, usia saya 31 tahun dah. Jadi, saya telah pasti saya hidup dah 31 tahun. tapi saya tak pasti berapa lagi jangka hayat yang Allah akan bagi pada saya. Saya juga pasti, tak semua impian saya akan tercapai di dunia. Namun, sekiranya saya berjaya sampai di Jannah, saya pasti akan mencapai segala gala yang saya idamkan.

Ya Allah, tuntunku untuk tiba di Jannah mu (Maher Zain, 2012). Allah, jangan jauh dariku , ku damba cahayamu....

1 comment: