Monday, January 21, 2013

.: Wafiy dan Maryam di Tadika baru

Alhamdulillah, tahun 2013 telah selamat tiba, dengan rutin kehidupan yang baru bagi kami sekeluarga.

Kini, setelah kira-kira setengah tahun di rumah baru, perumahan baru, kami mula cuba mencari 'life'.

Tahun ni, Maryam dah mula masuk 4 tahun. maka, saya telah daftarkan maryam di Tabika Kemas PSAS, yg terletak dalam kawasan Politeknik tempat saya mengajar. Saya bersyukur kerana hari pertama dan hari-hari berikutnya Maryam mula bertadika, dia dapat menyesuaikan diri. Dari bangun pagi, pakai baju dan kasut ke sekolah, Maryam bersemangat. Dihantar ke pintu tadika, dia juga rileks, walaupun saya nampak wajahnya sedikit gusar, kerana mungkin belum dapat figure out lagi dimana dia perlu locate diri dia. Bila dah dipanggil oleh cikgu, maka dia nampak sedikit lega, dan mula duduk untuk breakfast di sekolah. Lalu ketika itu, saya sudah tidak dihiraukan lagi... maka, berlalu lah saya terus ke tempat kerja setelah selesai proses pendaftaran dan bayar yuran. Begitulah hari pertama yang saya lalui.

Sebelum itu, di kawasan perumahan saya, saya telah selamat menghantar wafiy ke PASTI Al-Mawaddah. Tahun ini, Wafiy mula masuk 6 tahun. Setelah 2 tahun wafiy bertadika di Tadika Kemas PSAS dengan jayanya, kini tibalah masanya dia beralih angin pula belajar ilmu keagamaan pula. 2 tahun di tadika Kemas benar-benar mencapai objektif tadika, iaitu menghasilkan murid yang boleh membaca dan mengira (serta menyanyi). hehehe.... di tadika kemas, syukur wafiy mendapat guru yg berjaya mengajar wafiy sehingga boleh membaca dengan lancar. Wafiy benar-benar lancar di tahap boleh baca sarikata di TV gituh. Saya hanya sedar bila saya dengar dia membaca. (ini bukan bermaksud saya ibu yg tak peka .. tapi saya cuma underestimate jer, saya anggap, takkan la dah boleh baca kot... sebenarnya, budak 4 tahun pun ada yg dah boleh membaca). Bukan setakat membaca, wafiy juga boleh menyanyi dan menari zapin... (:p). TAPI, walaupun boleh membaca rumi, bila disuruh baca Al-Fatihah di muqaddam..oh..tidak. Wafiy hanya hafal. Di usia 5 tahun, wafiy baru Iqra' 3... huhuhuhu..... Maka, it's better late than never, saya daftarkan Wafiy di PASTI Al-Mawaddah, agar tunas Islam ini akan berkembang jadi pepohon mukmin yang soleh, warak dan bertaqwa.

Jadi rutin hidup saya berubah tak banyak pun. Cuma pagi agak sibuk kena siapkan 2 budak tadika. Tapi, saya rasa saya tak perlu bersungut sebab anak-anak saya bukan jenis yg meraung taknak mandi pun. cuma, cerewet sikit. Maryam agak cerewet, baju mesti kemas, nak ikat tocang, nak pakai serkup nak bertudung cantek-cantek. Bawak air dalam botol pink. Oh, mmg princess mama sangat. Wafiy sempoi jer. memandangkan PASTI wafiy cuma kat kawasan perumahan kami saja, dia rileks jer gi PASTI. Turun kereta sendiri dan terus lari ke pintu PASTI. Lalu, kami teruskan perjalanan yg 10 minit tu ke Politeknik pula untuk hantar Maryam di Tadika Kemas yg bersebelahan dengan TASKA Sabrina.

Tengahari, Wafiy meneruskan petangnya di PASTI juga untuk sekolah agama dan Maryam dijemput pengasuh ke Taska...sampai lah saya jemput dia pulang pada jam 5.

Jam 5, saya jemput Maryam dan Sabrina dair Taska, dan balik rumah...singgah di PASTI pula ambil Wafiy. Begitulah rutin setiap hari. Yang pastinya, saya gembira dengan prestasi anak-anak saya setakat ini.



No comments:

Post a Comment