Wednesday, January 23, 2013

.: Politik... Bila ustad berceramah


Semakin dekat pilihanraya, semakin sengit kempen dilancarkan, secara halus dan secara terangan. Rakyat sedar, mereka yang terlibat dengan politik masing-masing di samping memperjuangkan parti yang semuanya mencanang untuk kebaikan rakyat, pasti mempunyai kepentingan peribadi juga.

Jika mereka berjuang, berkempen agar rakyat memilih mereka semata-mata untuk kepentingan rakyat dan ummah, kenapa perlu ada kata-mengata, fitnah-memfitnah, aib-mengaibkan sesama mereka? Yang paling memalukan, mereka yang berimej ustad-ustad pun turut main kotor.

Jika perjuangan mereka ikhlas, perjuangkanlah apa yang mereka katakan tu. Tak perlu cari aib orang, dan burukkan di khalayak ramai.

Saya ada menonton siri ceramah ustad-ustad.... ada yang sokong kerajaan, ada yang sokong pembangkang. yang benar-benar berceramah dengan akhlak yang terjaga, peribadi yang saya segani, saya tak jumpa. Mungkin kalau ada pun mereka tak glamer dan mengajar di pondok-pondok low-profile. yang glamer-glamer ni yang sibuk duk mencaci orang lain dalam ceramah mereka, dan orang yang dicaci tu ialah orang yang berbeza fahaman politik la. Mengajar ugama 50%, caci 50%. Dalam merendah diri, dia meninggi diri dengan ilmu yang terbatas.

Alangkah bagusnya kalau mereka hanya katakan yang hak sahaja. Kalau nak tegah orang buat yang tak betul, tak payah la bagi contoh secara sinisss...kan???

No comments:

Post a Comment