Friday, December 14, 2012

.: Anak-anakku anugerahku

Sematkan pada setiap detik di minda, di hati, bahawa anak-anak adalah anugerah. Anak-anak bukan bebanan. Memang benar, perkahwinan tanpa anak akan suram. Tapi, bila ada anak, maka bermulalah episod hidup tanpa rehat. Hidup akan jadi penuh tanggungjawab.

kadangkala, dengan bebanan kerja yang tidak pernah berhenti (sebagaimana gaji yang tidak pernah berhenti dibayar), kita akan jadi terbeban secara mental dan fizikal. Balik ke rumah, bukan dapat terus berehat. Mesti uruskan anak-anak pula, lebih-lebih lagi anak-anak yang masih kecil. Jalan mudah, hantar jer anak-anak ke rumah datuk dan nenek dia?

Sebenarnya, tidak susah pun menguruskan anak-anak walaupun penatnya hanya Allah yang tahu, JIKA kita ada ilmu menguruskan anak-anak. Dari pengalaman saya sendiri, untuk memudahkan kita uruskan anak-anak kecil, kita mesti:

1.  Besarkan minda dan hati, agar apa yang berlaku nampak biasa saja, bukan sesuatu yang amat teruk. Apabila anak mengamuk dan menangis-nangis untuk sesuatu yang dihajatkannya, jangan terus berasa berserabut dan pening kepala. Lihat ke wajah anak-anak dengan bersahaja tanpa perlu berkata apa-apa. kadangkala, anak-anak ni hanya perlu masa untuk dia lepaskan tangisannya sahaja. Jangan terus memujuk kalau makin teruk dia menangis, kerana ini akan menambahkan stress anda. Biarkan dia buat seketika. Biasanya dia akan makin reda...bila dia mula reda, mungkin boleh alih perhatian pada perkara lain, usah sebut lagi perkara yang buat dia menangis tadi. kanak-kanak cepat lupa bila kita alih perhatiannya. (tapi esok mungkin dia ingat balik..hehehe)
Begitu juga kalau anak-anak sangat aktif. panjat sana sini, lompat sana sini. sebagai ibu, kita pasti sedikit gusar akan keselamatan mereka. kanak-kanak normal memang begitu. kalau disekat, bagaimana mereka nak dapat kemahiran psikomtor mereka. apa kata anda bertenang, dan biarkan sahaja mereka bebas. adakala ia nampak bahaya pada mata nada, namun, anda tunggu dan lihatsahaja, selagi ia tidak melibatkan senjata tajam, jentera berat dan kemungkinan tempat yang boleh mengundang kejadian tak diingini.anda pasti kagum dengan kebolehan anak anda!

2. Adakan suasana yang kondusif di rumah untuk menguruskan anak-anak. setiap barang ada tempatnya. rumah yang kemas akan mengurangkan tekanan kita menguruskan anak-anak. maka, jadikan rumah kita agar segalanya mempunyai tempat tersendiri, mudah dicapai dan dicari. jika anak-anak masih menyusu, pastikan peralatan membasuh botol susu senang dicapai dan disimpan kembali, water dispenser pula sentiasa ada bekalan air panas dan air sejuk. lebih bagus kalau ada automatic water dispenser yang kita tak perlu top-up, tapi direct daripada pili air bertapis.

3. Biasakan anak-anak dengan disiplin. Kalau dari kecil kita sudah latih anak-anak, kita tidak lagi perlu berleter di kemudian hari. Contohnya, kita sediakan bakul khas untuk letak pakaian kotor. Lazimkan mereka meletak sendiri, atau kalau dia masih kecil, lazimkan diri mereka melihat kita masukkan pakaian kotor di tempat yang betul SETIAP MASA TANPA GAGAL. kerana kepimpinan memang melalui teladan. Jadi, kalau anak-anak makan tak pandai nak letak pinggan di sinki, jangan lah marah kalau kita sendiri pun makan merata depan TV atau dalam bilik tidur.

4. Jangan berleter, tapi suruh lah. Kanak-kanak memang nature dia cepat lupa, tapi ingatan dia memang jangka masa panjang punya. Suruh 10 kali tu memang normal. Hari ni dah suruh, esok suruh lagi... suruh lah berulang-ulang, takpe. Sehingga sebati dengan jiwa raga, anda akan senang nanti.

5. Jangan travel bersama anak-anak kalau anda tak fit. Kerana, pe'el anak-anak di dalam kenderaan adalah berbeza, kerana ruang yang sempit memungkinkan perilaku berbeza. Jika anda tak fit, letih, minda bercelaru, baik anda tak payah bawa anak-anak untuk perjalanan yang jauh. Kerana, anda perlu kuat fizikal untuk menguruskan anak-anak sepanjang perjalanan, mental perlu kuat untuk menjawab dan mententeramkan anak-anak anda. Melainkan anda ada kesabaran yang tinggi, maka silakan.

6. Ingat Tuhan. Bila ingat Tuhan, kita yakin, ujian pada kita hanya diberi ikut kemampuan kita. Dan bila kita ingat Tuhan juga, kita akan jadi lebih tenang, kerana kita tahu, setiap anak ni ada pelindungnya. Bila kita ingat Tuhan, kita tahu, setiap kesabaran tu besar ganjarannya. Kita juga lebih tenang, kerana kita tidak sendirian. Dia sentiasa ada. Anak-anak adalah milik Tuhan. Kita hanya perlu jaga, dan didik. Kita tak ada kuasa untuk pastikan dia selamat 24 jam. Kita juga ada kelemahan dan had-had tertentu. Maka, setelah kita dah cuba yg terbaik, maka selebihnya hanya Allah saja yang layak menguruskannya. Berserahlah padaNya.

Payah atau mudah semuanya dari kita. Kita yang tentukannya. Jangan kata penat tu susah. Penat tu perlu, baru kita tahu syukur. Susah kalau kita salah tadbir anugerah. Kalau kita rasa penat, maka syukurlah. Itu tandanya kita memang benar-benar laksanakan tanggungjawab kita.

Bertaubat kalau belum penat pun dah rasa susahnya. Kerana anak-anak bukan beban. Merekalah pencen kita di alam kubur nanti.

2 comments: