Tuesday, November 6, 2012

.: Suami saya sambung PhD

Saya patut gembira, berbangga dan menyokong beliau. Dan saya juga tahu, saya patut buat segala yang termampu untuk memepermudahkan urusan beliau.

Kadang-kadang, saya turut rasa gusar. Mungkin sepanjang pengajian dan tempoh beliau menyudahkan PhD beliau nanti, saya mungkin terpaksa makan seorang, tidur seorang, jaga anak seorang... oh, alangkah suramnya dunia....

Menurut insan-insan berpengalaman, dan daripada maklumat-maklumat yg didapati dari kursus persediaan PhD beliau, sebelum memulakan PhD, banyak persediaan yg perlu dibuat. Saya tak nak suami saya mempersia-siakan tawaran beserta biasiswa dari pihak JPP itu dengan balik tangan kosong.

Suami saya sudah mula meninjau kereta baru untuk saya...maka, kami mungkin tidak akan berkongsi kereta lagi??? saya akan bawa kereta sendiri ke tempat kerja, dan saya mula bayangkan, saya akan buat tugas hantar dan jemput anak-anak dari taska/sekolah... (alaah..3 tahun je pun...abg..pls make it in 3 years..plzzz....)

Kemudian, saya mula membayangkan, tengahari saya lepas ni akan dikongsi bersama rakan-rakan di ofis..tiada lagi dating dgn beliau di cafeteria.... (oh, nampaknya, tiada org yg akan belanja saya lunch..)

Lebih haru.... malam-malam, saya akan jaga anak-anak sendirian.... berani kah saya???

Hmm..suami saya yg nak sambung PhD, tapi persediaan yg dibuat sebenarnya lebih ke arah mempersiapkan saya pula.

Perlu ke saya mengaku saya ni manja? Tak perlu kot... sebab, sebenarnya, saya sangat berdikari. Cuma, bila ada dia, saya suka biarkan dia buat segalanya....heh heh heh....

Tapi, saya sebenarnya telah siap sedia pun.... saja jer saya buat-buat manja, agar dia selalu ingat saya.... dan dia akan segera sudahkan PhD....

No comments:

Post a Comment