Monday, August 13, 2012

.: Meraikan anak-anak yatim & double-standard

Pelbagai usaha dilakukan bagi meraikan anak-anak yatim. Kat tempat saya, ada program keluarga angkat, di mana pihak institusi telah mengambil anak-anak yatim dari sebuah rumah anak-anak yatim dan diserahkan kepada mana-mana keluarga yg berminat untuk mengambil mereka sebagai anak-anak angkat.

Sempena program itu, maka dibuatlah majlis berbuka puasa yg mewajibkan semua staff datang berbuka di Pusat Islam. Maka, pada hari tu, demi meraikan anak-anak yatim, ada yg terpaksa berkorban berbuka berasingan dengan suami/isteri dan anak-anak.Ada juga yg bawa anak-anak kecil. Dengan segala kepayahan staf-staf ni datang sebab dah diwajibkan.

Saya memang sokong program nak meraikan anak-anak yatim ni. Cuma, saya rasa tak perlu lah diwajibkan pada semua, sebab tak semua orang mampu untuk datang. Dengan yg ada anak-anak kecik, faham sajalah, di maghrib-magrib hari tu mereka akan tidak selesa dipegang didukung.

Cukup membuat saya tak puas hati, terdapat perbezaan layanan, dimana para VIP, dan keluarga-keluarga angkat semuanya ditempatkan di khemah yg ada meja, siap dihidang..cukup selesa. Tapi untuk staf-staf dan student, cuma diatur kerusi sahaja. Bayangkan lah macam mana nak makan, mana nak letak pinggan makanan, mana nak letak air...mana nak pangku anak lagi.

kalau ikhlas tak ikhlas nak panggil orang berbuka, tak payah lah wajibkan semua datang. kalau nak wajibkan juga, pastikan semuanya sama, takdr double-standard.

No comments:

Post a Comment