Friday, July 6, 2012

.: Nak anak ramai ke sikit?

Ewah...macam lah kita boleh tentukan dengan muktamad. Jumlah anak ni hanya Allah yg tahu...

Tapi kan, tak salah kita merancang... Kalau anda, anda nak berapa? Selang berapa tahun?

Kawan saya yang pro anak ramai kata, kita mesti ramai anak. Sekarang memang la penat, tapi esok, bila semua dah besar, sunyi la kita.

yang pro anak sikit pula kata, buat apa anak ramai-ramai kalu tak berkualiti?

Kata saya, ikut badan kita yang nak menanggung, selebihnya serah pada Allah. Kalau kita rasa, badan kita ni kuat, kudrat kita memang layak melayan anak 10 dengan tidak mengurangkan langsung kualiti layanan terhadap suami dan diri sendiri, apa salahnya. Sila lah anda terus meramaikan ummat. Boleh cover orang-orang yng beranak sikit tu.

Tapi, kalu kita ni beranak sebab tengok orang lain asyik beranak, tapi kita ni bila beranak ajer terus lembik takleh buat apa, apa la gunanya kan. Kalu kita beranak ajer mampu, didik dan besarkan tak mampu, jadi, tak ker menyusahkan diri sendiri dan orang lain tu?

Kepada yang nak beranak ramai, tapi lepas anak 2 terus dah tak dapat, apa boleh buat. Maka, jadikan lah yg 2 dah ada tu produk anda yg terbaik. Anak 3 je pun, tapi kalau kita didik bagus-bagus berlandaskan ajaran Nabi, insya Allah, tak akan tinggalkan kita bila dah besar nanti sebab ikut bini... kalu tinggalkan kita pun, sentiasa ingat kat kita. Kalu kita anak 10, tapi sudahnya tak ada seorang pun yang nak jenguk kita, hmmm.... memang ujian ler....

Jadi, takleh nak kata la anak sikit tu nanti sunyi. Kalau saya dapat anak macam si Fendi tu, haduuuiii..sejuuukj perut ibu mengandung. mana ajer dia pergi diheret ajer mak sama-sama. Buat rumah besar-besar bagi mak ayah duduk...heh heh heh...memang bertuah sangat. Adik beradik 2 org aje, tp meriah ajer dalam hati mak dia. Mak likee sangat!

Jadi, kuantiti anak berapa tu perlu sejajar dengan kualiti lah. jangan nanti anak ramai-ramai, ampaian tak muat, menjemur kat pagar pulak. hih hih hih.

tata!

2 comments:

  1. Anda mencari pregnancy(UPT) dan Ovulation (OPK) test murah?
    Hanya RM1/pcs
    lawati blogshop: http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum buat pemilik blog dan pembaca sekelian, di sini terdapat perbincangan berkaitan dengan 'Anak Ramai' oleh Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj. Semoga perkongsian ini bermanfaat
    Semanis Kurma: Rezeki Anak Ramai - Dr. Harlina Halizah Siraj

    ReplyDelete