Monday, July 2, 2012

.: Kejiranan saya

Kejiranan saya ni terletak betul-betul sebelah sekolah menengah. Sebelahnya pulak sekolah rendah. Buleh la wafiy gi sekolah naik basikal..tak sampai 5 minit.

Kejiranan saya ni secara lebih tepatnya buleh saya gambarkan sebagai kejiranan perumah semi-D, atau rumah berkembar. Dan ditakdirkan, rumah saya berkembar dengan rumah usang. Haa.....rumah usang, yg telah dibeli tapi tidak dihuni. Tuan dia nak duduk bila dah pencen. Maka, saya bersebelah dengan lalang. Ditakdirkan juga rumah saya adalah terletak di blok paling belakang. Jadi, sebelah rumah saya (sebelah yg tidak dikembarkan) tu tak der rumah. Padaaaang aje. Depan rumah pula macam hutan kecil, dan ada jalan. Rumah saya ada lampu jalan, peneman di malam hari (sebab jiran depan takder).

Semalam berkesempatan bermesra dengan jiran-jiran dari kawasan kejiranan sempena majlis doa selamat di rumah jiran belakang rumah, dia tanya saya, tak sunyi ke duduk belakang sorang-sorang.

Hmm...tak reti nak jawab cemana. Tak sempat nak sunyi sebenarnya. Sebab belakang rumah saya ada 2 buah rumah yg ada anak kecik, rasa macam betul-betul sebelah dinding ajer bunyi anak-anak mereka. Dan sebenarnya, rumah saya lebih privacy untuk anak-anak (dan saya) mandi kolam. Saya rasa, elok lah Tuhan takdirkan rumah saya tak berdepan dengan rumah orang, sebab saya dah mula selesa dan suka begini.

Cuba bayangkan, kalu depan rumah saya ada rumah orang, sudah tentu rasa sedikit segan nak beraktiviti depan rumah. jadi, jawapannya...memang sunyi, tapi selesa. Senang saya nak basuh kereta, tanpa segan silu.

No comments:

Post a Comment