Friday, July 6, 2012

.: Kalau memuji

Semalam, suami saya cakap, kalau nak puji orang, kita tak leh puji orang direct. Tapi kita buleh puji hasil kerja. Contohnya, kalau student kita buat assignment dengan bagus, takleh puji dia pandai, tp kita puji assignment dia yg bagus.

Kalau kita tengok kawan perempuan kita cantik bertudung, kita takleh puji dia cantik. Tapi kita buleh puji tudung dia sangat cantik dan sesuai. Menurut suami saya (hasil dari pembacaan beliau), pujian boleh mendatangkan kesan negatif kepada orang yg dipuji menurut perspektif Islam. Contohnya, orang yg dipuji tu buleh jadi riak. Kesian, sudah-susah dia cuba jaga hati, kita uji dia dengan ujian tahap keriakan pula.

Kesimpulan yg saya boleh buat dari pesanan suami saya tu, kita tak boleh puji fizikal seseorang secara direct, tapi kita boleh sandarkan pujian tu pada hasil output atau keluaran seseorang tu. Saya juga fikir ada benarnya, sebab kalau kita puji fizikal, fizikal adalah sesuatu yg tidak kekal. Bila seseorang tu kehilangan sesuatu yang pernah dipuji orang, dia akan rasa down...dan mula cuba mengundur waktu....dan menyanyi lagu lama.."andai dapat kuundurkan putaran dunia...."

Satu lagi pesanan suami saya. Kita kena hati-hati dengan, pertanyaan "kenapa"...kerana ia boleh membawa kepada tuduhan. Contohnya, kalau student kita datang lambat, kita tanya "kenapa datang lambat?" Kita dah tuduh dia datang lambat. Mungkin bagi dia tidak. Jadi elok kita buat pertanyaan lain yg mengesahkan dahulu sama ada benarkah dia lambat...

Kadangkala, suami saya suka buat saya pening dengan ayat dan kata-kata....

No comments:

Post a Comment