Monday, June 18, 2012

.: Tahun ke 7... 7 years of wonders...

Alhamdulillah.. masuk tahun ke 7 perkahwinan saya dan suami. Usia yg masih muda...anak-anak pun kecik-kecik lagi. Kalau manusia, usia 7 tahun baru darjah 1. Baru kenal suasana sekolah sebenar. Saya pada usia 7 tahun dah ke sekolah naik bas sendiri. Tak ditunggu atau dijemput pun. Berdikari. Namun, banyak hal masih bergantung pada ibu dan ayah.

Sama lah dengan perkahwinan masuk tahun ke 7 ni... Masih lagi bergantung pada parents untuk certain things..thoughts and opinions. Tapi, dalam banyak hal, kami cuba kemudi sendiri sebaiknya..cuba untuk tidak bergantung pada ibu dan ayah. Bila kita cuba tunjuk pada parents yang kita boleh survive, sekurang-kurangnya mereka boleh tenang. Saya sebolehnya taknak mereka masih khuatirkan kami walaupun sesudah berkahwin, apatah lagi dah beranak pinak. Saya rasa, ibu bapa saya pun tak risau sgt pasal saya, sebab dari awal perkahwinan, segala masalah yg berlaku seboleh mungkin kami selesaikan sendiri.

7 tahun perkahwinan dengan 3 anak... betapa saya sangat bersyukur pada Allah.. syukur tiga, tak lebih atau kurang. kalu kurang, pasti rasa tidak semeriah sekarang. Kalu terlebih, mampukah saya menjaga mereka???

Menjaga dan membesarkan 3 anak, jauh dari ibu bapa sendiri, mahupun ibu bapa mertua, atau adik beradik menjadikan kami sangat-sangat bergantung pada Allah semata-mata. Allah tidak pernah tinggalkan saya sendirian.

Sebuah perkahwinan adalah satu organisasi. Mesti ada visi dan misi. Jelaskan apa misi dan visi anda. Pastikan anda dan pasangan mempunyai visi dan missi yg sama. Selalu bermesyuarat...macam mesyuarat bulanan gituh. Komunikasi adalah penghubung antara anda dan pasangan. Bila komunikasi tidak berlangsung, maka masalah boleh bermula.

Setiap pasangan perlu jaga hati. Jaga hati pasangan dan jaga hati sendiri. Macam mana jaga hati pasangan? Cuba jadi the person yg pasangan anda jatuh cinta dulu. Kalu masa bercinta dulu  romantis, perlu la kekal romantis. Jangan masa nak mengurat jer semua manis, bila dan kahwin dah tak ingat dah nak ngurat pasangan balik. Dan, anda juga perlu jaga hati anda sendiri. jangan benarkan hati anda ditakluki oleh insan ketiga. Bila perkahwinan dah masuk banyak tahun, dan anda pulak tak jaga komunikasi dengan pasangan, anda pun tak jaga mata anda, terpaut dengan insan ketiga, maka...anda boleh agak apa akan jadi. kalu terjadi pada lelaki, mula nak kahwin lagi. kalu jadi kat perempuan??? Adakah anda akan curangi pasangan?

Apa yg telah diperintah oleh Allah dan Nabi sudah cukup indah. Kita kena sentiasa ingat memperingatkan. Hidup memang tak dapat lari dari godaan. Setiap hari kita akan diduga oleh macam-macam dugaan. Kita tak akan mampu menepis jika kita tak kuat dan tidak memohon bantuan Allah. maka, berlindungah dengan Allah.

Semoga Allah akan sentiasa pelihara kita dari segala godaan Iblis. Semoga Allah sentiasa suburkan kasih sayang kita bersama pasangan kita.

Sedarlah, dunia ni tak akan habis kalu kita kejar. Usia makin meningkat. kalaupun kita makan kolagen empat bakul sehari pun, kita cantik macam ratu dunia pun, kita ada duit sebiliion masuk akaun tiap-tiap hari pun, bahagia itu hanya Allah yg dapat bagi. Minta lah dariNya. Nak minta dari dia, buatlah apa yg Dia suruh.

No comments:

Post a Comment