Tuesday, June 19, 2012

.: Sabrina layan Diego

Hah..jgn tak cayer..anak saya Sabrina yg 10 bulan tuh, buleh dia duduk bersila, elok lentik ajer, depan TV tgk katun Diego dan buleh ketawa mengekek-ngekek..macam paham...

To all muslim multimedia experts, apakata korang buat katun yg lebih Islamik yg buleh buat budak 10 bulan tuh melekat tgk dan layaaannzz....

Sementara itu, kakaknya si maryam, yg sudah hampir 3 tahun usianya, bercakap macam watak kartun. Masih mengekalkan ayat-ayat penyambung "tapi", dan "mungkin"..kini setiapkali dilanda masalah maryam akan kata.."ooppsi...ada masaalah ni.." Maryam juga telah develop nilai-nilai budi pekerti yg tinggi..heh heh heh..contohnya, apabila dia buat salah, dgn gembiranya dia kata "o'oo... maaf..." (mcm takder feeling mintak maaf pun??). Anak perempuan saya ni suka main outdoor la. Suka sangat gi kat tgh2 panas tu main pasir, main basikal..kalu duk dalam rumah, asyik nak memanjat aje.

Langsung tak sama dengan abangnya Wafiy yg tekun membuat kerja sekolah (tadika kemas). Wafiy rajin menulis, melukis, mewarna..buat experiment (macam dah sekolah rendah pulak). Antara cikgu dia ialah, agent khas Oso, ArtAttack, Astro TVIQ, dan macam-macam lagi.

Namun, saya mmg puji kedua-dua Wafiy dan Maryam yg saaangat rajin membantu saya kemas rumah, basuh kereta, sapu rumah. Walaupun 'bantuan' mereka tu macam lagi memenatkan saya, namun saya bangga dgn semangat ingin membantu ibu membuat kerja rumah tu, walaupun pada bukan hari ibu.

Oklah, saya nak buat aduan kat MDTM kerana sampah kat rumah saya dah 2 kali tak berangkat. causincau...




No comments:

Post a Comment