Wednesday, June 6, 2012

.: Masuk rumah baru

Alhamdulillah. Merasa juga kami tinggal di rumah yg dibeli sendiri. Setelah lebih setahun berpindah ke bumi semenanjung Malaysia, akhirnya impian ini terlaksana jua. Ini lah antara sasaran kami apabila berpindah dari borneo..beli rumah...

Maka, pada tanggal 25 Mei 2012, operasi pindah rumah pun dilakukan. Sasaran kami, nak keluar kuarters kerajaan sebelum Jun menjelang. Sebab tu kami awalkan seminggu. Syukuur lah sangat hai.... memang barang-barang yg terlampau melampau banyaknya... 3 lori besar jugak ler..sian adik2 yg tolong angkat barang-barang tu. Bukan penat angkat barang, tp penat turun naik kuarters... huhuhu....

Makanya, bermula dari tarikh itu, sehinngga dah hampir 3 minggu ni kami duk umah baru, barang-barang masih lagi belum setel berada di temnpat yg sepatutnya. Maknanya, ada lagi barang-barang yg terpaksa digali dalam kotak-kotak. Haa..yg gembiranya, kotak2 tersebut hanya tinggal beberapa bijik je lagi yg belum dibongkar.

Masuk rumah baru ni memang nak pakai banyaaaaaaak duit dik oi...

Jangan ingat yg besar-besar je spt renovate dapur, pasang grill, tambah wiring, pasang lampu kipas, cat rumah,  pasang langsir bersama rail dia je.... anda juga perlu pikir juga bajet mana nak beli kunci mangga,  bajet mana yang nak beli penyapu penyental mop, sabun segala nak basuh rumah (takkan le nak amik dari rumah lama, sedekah je laa, biar diorg guna buat cuci rumah besok-besok)..anda juga perlu pikir benda-benda sekecik alas kaki, bathroom mat, penyidai kain, tempat gantung tuala, tong sampah...haaa..... nak beli paku nak gantung jam...haaa...maklumlaa, selama ni pakai perabot dan barang kerajaan je kan. huiiii.... mmg bab benda kecik2 tu pun beratus-ratus ringgit mesia jugak.

macam saya yg tak berapa nak ada masa ni, saya juga memperuntukkan sejumlah wang utk upah cleaner cuci rumah saya, serta cat balik rumah saya mengikut warna yg sesswei dgn jiwa.

Maka, bagi anda yg nak masuk rumah baru tu, buleh la mula kumpul uwangnya ya!




1 comment:

  1. sgt setuju, masuk rumah amat menduga poket. hihihi.. takpe slow2. dahulukan yang penting2 ajer. then slow2 tambah. :D

    Aku tak tau mu beli umah pakai gomen loan ke tak. tapi rasanya kalu tak silap kalau beli umah pakai gomen loan dan berpindah ke umah tersebut ada boleh dapat one off (bayaran pindah umah ke apa namanya) kena dig up pekeliling. dia bayar sekali je la pun dalam perkhidmatan. jumlah depends on gred.

    ReplyDelete