Wednesday, June 27, 2012

.: Maryam dah 3 tahun..

Semalam, genap 3 tahun dah Maryam. Syukur Alhamdulillah...Maryam sihat sempurna, cergas dan cerdas.

Jadi, upacara potong kek telah diadakan di Taska Nurhayat. Dengan para pengasuh yang sangat cun dan baik tu, Maryam sangat ceria menyanyi lagu Jambatan Sudah Roboh (London Bridge is falling down)..heh heh heh..pastu bila balik rumah, buleh pulak dia tukar lirik jadi Cik Nani Sudah Roboh. Sorry ye Cik Nani. Eh, maksud London Bridge is Falling Down tu memang Jambatan Sudah Roboh ek?? Saya ingat memang jenis jambatan tu yg jenis buleh turun naik...ntah ler nak, mak tak sampai lagi ke London Bridge tuh. Jambatan Tamparuli pernah lerrr.... toinggg.....

Jadi, mama ni memang dah ada tanda-tanda penuaan yg jelas, kerana mama cuma ingat birtday maryam sehari ajer sebelum hari kejadian. Fuh..sibh baik ingat. Ingat tu pun sebab ikut kawan mama beli basikal untuk anak dia. Haaaa.... terus mesej babah. Babah pun sama je dgn mama, tak ingak jugop!!

Jadi, nasib baik la di jabatan mama ni ramai usahawan-usahawan dari pelbagai sektor. Antaranya ialah sektor kek dan bakery. Maka, mama pun order dengan Makcik Wan Azizah kau ni ha, kek cokelat cheese... dengan pesanan penaja, tolong paipkan cokelat atas kek tu bertulis Selamat hari Jadi Maryam Raeesa ke 3 tahun... dan permintaan khas, nak parut cheese dan cream cheese tebal-tebal sket ek (sbb maryam mmg suka jilat cheese...). Nasib baik marcik Wan kau tu sanggup.Buleh delivery direct ke Taska esok terus. Memang marvelles.

Petang sebelum birtday maryam tu, kami gi shopping jajan ler sikit utk dimuat dalam birtday pack, utk diagih pada kawan-kawan maryam. Maka, seronok ler budak-budak tu malam nya, berpesta jajan, sumi jelly, cokolattss....snapsss, snacks... Alah, belon pulak takder kat kedai tu. Hmm..elok juga takder belon, kang riuh pulak taska tu, penat ler kakak-kakak pengasuh nanti.

Penghargaan khas untuk anak-anak mama, Wafiy dan Maryam, yg telah bersama-sama membantu mama bungkuskan jajan. memang buleh harap. Yg mana mama pesan masukkan 2, mana yg masukkan satu, semua buleh ingat. Jadi puan-puan, dont underestimate yer budak-budak umur 3 tahun dgn 5 tahun ni. kalu kena dengan arahan, diorg mmg buleh buat dengan cemeeeeerlang... (macam cite agen khas Oso)

Disebabkan mama telah interrupt dan tumpang sekaki gi potong kek kat taska, maka bila mama nak balik semula ke ofis, Maryam telah berjaya mencairkan hati mama dengan muka seposennyer. Maka, budak rambut spring yg baru sambut harijadi tu pun berjaya mengekori mama ke pejabat. Huh.....tak kuaser nyer. Nasib baik student tengah exam. Jadi, dari jam 10 pagi sampai tengahari tu, mama kerja sambil ngasuh maryam ler.

Seronok ler maryam dapat bermaharajalela sekejap, dapat 100% perhatian, sebab sabrina dan wafiy takder. Maka, melompat-lompat lah budak nih kat ofis.... lompat sana lompat sini, sesuai dengan tema rambut dia la yg telah mencuri tumpuan makcik-makcik.  Dengan tak malunyer mama mengaku rambut tu ikut rambut mama...(walaupun tak sama ponnn).

hadiah birthday maryam ialah..jeng jeng jeng... rahsia. ok. itu dulu. caucincauuu...


1 comment:

  1. selalu baca pasal maryam sebab birthday sama ngan anak saya 26 jun 2009...happy birthday mariam reesa

    ReplyDelete