Thursday, June 14, 2012

.: Di rumah baru...

Lebih gembira...dan puas hati. Tengah tunggu jiran belakang siap tambah dapur dia, then saya nak berkebun. Lama pulak nak siap jiran saya tambah dapur. Selagi tak siap, selagi tu la kami pun xdpt nak buat aktiviti perkebunan, sebab kerja2 renovate rumah dia telah secara tidak langsung memberi kesan pada laman belakang rumah saya. Kenapa? kerana jiran belakang rumah saya renovate dapur, tambah sampai betul2 sempadan rumah saya. Pagar belakang rumah saya pun terbuka. Makanya, sabor je lah. Esok-esok bila saya terasa nak renovate jugak, haa..maka harap jiran saya tu nanti bersabar lah sebagaimana saya bersabar jugak.

Setakat ni, saya cuma bersyukur dengan apa yg ada. Belum terniat nak renovate besar-besaran. Kami cuma touch up sikit-sikit yg mana wajib aje. Tu pun ada lagi beberapa check list yg belum sempurna. Apapun, biarlah saya fokus pada apa yg sempurna yg jauh lebih banyak dari apa yg tak sempurna tu.

Anak-anak nampaknya jauh lebih banyak aktiviti outdoor berbanding masa duk kuarters tingkat 4 dulu. Mereka sekarang boleh main istana pasir, main layng-layang, mandi kolam (kolam yg pam tu) dan berbasikal. Saya juga sikit masa lagi boleh lah membuat aktiviti perkebunan...wahaha..seronoknya. Suami saya pun nampaknya tak risau lagi untuk membeli stok dapur, stpok pampers dan susu yg banyak, kerana tak perlu angkut ke tingkat 4 dah.

Setakat ini dulu. nanti ada masa saya letak gambar rumah kami yg serba sederhana tu ye...

No comments:

Post a Comment