Tuesday, April 24, 2012

.: Ya... saya ore klate..doh bakpo?

Kita tak perlu terlalu berbangga dengan kenegerian kita, walaupun bangga itu perlu. Yang tak boleh ialah, malu dengan kenegerian tu. haaa... kita tak boleh malu dengan bagaimana cara kita dibesarkan... melainkan cara tersebut memang aib dalam mata pandangan agama.

Bila kita keluar dari negeri kita, kita bawa identiti kita yang mana sedikit sebanyak ada identiti negeri kita.

Saya berpendapat, orang yang malu dengan kenegerian dia adalah orang yang tak reti bersyukur dan lupa diri.

Saya bukan terlalu bangga jadi orang kelantan, namun saya bangga juga bila negeri saya dikaitkan dengan isu-isu yang positif.

Walaupun saya bekerja di luar kelantan, saya bercakap dengan loghat kelantan dimana saya rasa saya boleh bebas bercakap dengan loghat ini.Contohnya, bila saya jumpa 'gu'. Dalam kelas semasa mengajar, of course la saya switch ke bahasa Inggeris..atau setidaknya loghat yang senang difahami oleh semua pelajar saya.

Kadng-kadang, saya jumpa dengan orang senegeri saya yang seolah-olah malu untuk bercakap loghat ini, setidaktidaknya dengan orang yang sama negeri. Buruk sangat ke loghat negeri kita ni?

Kadang-kadang, mereka ini mengumpat pulak pada mereka yang pekat loghat kelatenya. Pura-pura tak reti cakap klate pun ada. Entah apa masalah mereka pun saya tak pasti.

Bukan saya taksub pada loghat negeri saya. Saya cuma rasa kurang senang dengan orang yang mengutuk loghat negeri sendiri dan gila sangat nak cakap luar...hahahah.

Bukan saya tak cakap luar..saya pun cakap 'KL' jugak bila jumpa orang tak kenal. Cuma saya tak rasa saya perlu tukar loghat saya, Menteri Besar Kelantan pun cakap loghat klate masuk TV.

Biarlah orang luar bangga dengan loghat luar mereka... kita nak ikut sila la..tapi jangan sampai mengutuk orang cakap loghat negeri sendiri.

1 comment:

  1. Kito keno banggo nga asal usul kito Farah, tp jange sapa over, sapa oghe pon nyapoh, pah jange plok sapa kutuk2 or merendah2 kan oghe negeri lain plok.

    kak janna setuju nga farah, oghe hok malu nga asal usul dio tu oghe hok lupo diri, lupo asal usul,

    w/p kito berehi kecek klate, tp English kito hebak gok deh Farah ? hahahaha...

    by the way, my husband is not a Kelantanese, but he speaks Kelantan dialect as if he's true Kelantanese, my kids are proud of who they are, half Kelantanese and hal Javanese.

    ReplyDelete