Thursday, April 26, 2012

.: Rupanya Maryam sedar...

Dalam entry sebelum ini, saya tulis, hanya Wafiy yang faham, babah pergi kursus.

Saya totally silap.

Semalam, pengasuh di taska tanya saya, ayah diorang kursus ye? Maryam yang bagitahu...

Rupanya, dalam dia membebel tu, dia sedar babahnya pergi kursus.. Petang semalam lepas balik kerja dan ambil the three precious ones dari taska, Wafiy mengamuk nak main game PS2... Maryam memandang dengan muka ala-ala meluat dan siap dengan jelingan macam ala-ala kakak... "Tak payah la main game Wafiy, tunggu la babah balik je...". Kemudian sambung tengok kartun..(sebenarnya dia nak tgk TV, taknak pasang game).

Hmm...macam dah dewasa.

Begitu lah anak-anak, sekejap dia behave macam orang dewasa..sekejap dia buat macam budak balik..(memang budak pun)... apa hal pun, mama sayang lah korang semua. Susah atau senang, mama akan tetap jaga anak-anak mama..insya Allah.

No comments:

Post a Comment