Friday, April 27, 2012

.: Rupanya jadi blogger pun buleh femes seMesia

Tak pernah terfikir...langsung. Betul, memang tak fernah tefikir. Lagi lagi tak terfikir akan ada award untuk blogger femes etc..dan ada majlis grand-grand utk bagi award tu. Begitu lah juga halnya dengan Cik Fatin Liyana, empunya blog www.honeykoyuki.blogspot.com. yang menang award blogger femes tu.

Kalau anda nak kenal dia, sila la google blog beliau dan kenalilah dia dari blognya..(entah-entah aku ler blogger terakhir di malaysia yang kenal dia). Well, nasib baik saya baca majalah. Tahu juga...heh heh heh.
Rupanya ada kawan di ofis ni yang follow blog dia.

Hmm, itu la jadi kalu jadi blogger yang hanya reti baca blog orang yang dalam listblog sendiri saja dan tak pernah buat aktiviti blogwalking. Menulis blog sebenarnya boleh jadi satu terapi untuk sesetengah orang...contohnya orang yang ditinggalkan kekasih..bertahun-tahun menulis tentang ex dia...kisah tangis kisah pilu nan lara... Ada juga yg tulis nak luahkan tension... Nak kongsi resipi (i like)...

Blog Fatin tu macam-macam ada. Syok baca, ada gambar...bila baca blog Fatin ni, especially yang pasal dia gi melancong, kita boleh rasa kita ke tempat dia melancong. Best kan? Muda-muda dah tgk negara orang.

Remaja kat luar sana boleh amik Fatin ni sebagai ikon remaja yang bagus tau, daripada korang jadikan artis-artis tu idola korang. Haa..kak fatin korang ni contoh gadis remaja yang cerdik, pandai jaga diri, ada unsur-unsur islamik dalam buah fikiran dia. Haa....mak like sangat-sangat budak femfuan macam ni. Dalam blog dia (sepanjang yg sempat baca sejak semalam), takder posting dia yang menunjukkan dia sosial terlampau...haaa... takder boyfren-boyfren segala. Sangat seronok tengok life dia bersama teman-teman dia. Walaupun cantik, dia tak tayang seksi, Haa....macam tu la kita nak, kan? Cuma biasa la, budak remaja, suka mekap-mekap..heh heh heh..pun dia akui mekap tu rimas. Cuma bila part modeling tu, harap anak-anak mama tak payah ler buat keje tu (bajet anak saya pun cantik tinggi lampai juga..ooopss). Tapi, apa2 keje pun, yang penting menjaga batas2 agama.

Ok lah ..kepada mereka yang baru nak kenal blog femes di Msia nih...(macam saya), jangan risau, anda bukan lah outdated sangat pun. Cuma banyak masa bukan di internet aje. hih hih hih.


No comments:

Post a Comment