Thursday, April 12, 2012

.: Bila hatinya dicuri...

Kali ni puan-puan, saya nak menulis mengenai perkara yang saya tak arif pun tentangnya. Tetapi, perkara ni berlaku dalam kelompok masyarakat setempat di kawasan saya ni.. (dan tempat anda juga).

Bila kita berkahwin, ada tak kita set kita nak kahwin sampai berapa tahun je... atau pun sampai anak ke berapa je, lepas tu tak nak dah dengan dia... ada? Ataupun, bila dah kahwin sampai tahap sekian sekian, kita nak pasangan kita tu cari lain, sebab mungkin nanti kita bosan nak melayan dia je? Wallahua'lam.. sebab ada juga perkahwinan yang orang panggil kawin kontrak dan yang ntahapehaper lagi tu. jangan kata tak ada ye Zubaidah, ade..

Tapi most of the time, especially dalam masyarakat melayu kita ni, kita kahwin dengan seseorang tu dengan harapan berkekalan selamanya, kalau boleh sampai syurga, tak gitu Sunarti? Dan kita juga nak hanya kita, dan dia aje, tiada orang lain...exclusive gituh, kan?

Haaa...tapi ada juga berlaku, sepanjang berkahwin tu kan, sang suami mula terberkenan dengan wanita lain yang of course ler jauhh lebih cunn, cantek, seksis gitu... tambah-tambah pulak kalu cakap lemah lembut berbudi pekerti, taking care pulak.. mau tak cair? haa..kalu tak takkan dia berkenan, kan? Hmm jarang lah kita dengar ada lelaki yang berkahwin lain dengan wanita yang lebih huduh, lebih tua dan lebih tak-ada-apa berbanding bini yang duk ada tu, kan? Kalu itu berlaku, ohh...mak rasa sangat terhina..mesti mak rasa mak jauh lagi huduh, jauh lagi tua dan jauh lagi tak-ada-apa berbanding bini baru itu... OH NO!

Kita jangan ingat kalu suami kita kaya, hensem, segak, tinggi je kita kena jaga. Zaman sekarang ni orang buleh merupa-rupa. Lelaki yang sengkek pun buleh berlagak banyak duit... dan menjalankan aktiviti memikat, tau. Dan boleh juga berlaku ada juga perempuan yang suka kat suami orang bukan kerana harta atau rupa..tapi dah memang mata dia nampak itu la terbaekkk.... cinta itu buta katanye...

Saya biasa dengar, bila lelaki berbini baru, bini tua dicerai. Saya juga biasa dengar, lepas lelaki berbini baru, selepas beberapa bulan, bini baru tu yang dicerai.. haaaa.... pendek kata, bila bab bini banyak ni, ada banyak kebarangkaliannya yang mungkin terjadi.Mungkin bergantung kepada prestasi bini-bini tu la..dan juga setahap mana sayangnya si suami tu tadi pada bini dia. Biasanya, kalu si suami tu dah kemaruk cinta, dia mudah lupa dah segala pengorbanan bini pertama tadi yang sama-sama susah bersama. (sampai hati kau, Bakar...)

Sebagai wanita, of course saya bersikap memihak pada bini pertama la. Sebab? Sebab saya isteri pertama suami saya, dan sudah tentu berkongsi suami bukan satu pilihan. Mungkin saya akan suka berkongsi suami kalau suami saya jenis panas baran, kaki pukul..so apa salahnya berkongsi pukulan dan panas baran tu bersama wanita lain yang sudi..heh heh heh.. tak gitu bang Brahim? Bagi saya, walau seteruk mana pun kisah rumahtangga seorang lelaki tu dengan bini dia, itu hal dia. Kita tak payah masuk campur dengan niat membahagiakan lelaki tu... biarle dia uruskan bini dia.

Sebagai wanita, kita sentiasa kena berdoa untuk keharmonian rumah tangga. Minta pada Allah pemilik segala hati, bukan setakat dijaga hati suami tu agar sayang kat kita selalu..tapi minta juga agar Allah jadikan kita isteri yang taat dan setia, haaa... tak payah ler main bomoh bagai ye Siti Saudah. Allah kan ader...


No comments:

Post a Comment