Thursday, March 22, 2012

.: Kisah beli rumah

Satu pagi yg indah, bakal jiran1 cakap, bakal jiran2 dah masuk payment dari bank pada pemaju. Gembira dah bakaljiran2 tu di pagi yg bersejarah tersebut, sebab pemaju janji, rumah tu akan direpair lepas dapat payment. Maklumla...rumah lama, siap 2007, tapi baru nak jual tahun lepas...maka harusla ada lobang sana sini, pecah itu ini.

Petangnya, bakaljiran2 call pemaju, nak komfem diorg dah dapat payment. Memang pemaju pun komfem yg diorg dh dapat payment. Tapi, pemaju buat hal. Pemaju tak nak repair pulak. Sebelum bakaljiran2, dan bakaljiran3 serta bakaljiran4 nak beli dulu, mereka sekawan ini dah dijanjikan rumah tersebut akan direpair jadi macam baru semula..termasuk dengan pagar sekali nak cat. Apa lagi, bakaljiran2 pun pilih lokasi terbaekk punya la bagi dia, walaupun rumah dia yg paling haruuuuu...... dengan harapan pemaju nak repair.

Jadi, kecewa. Akan tetapi, bakaljiran2 ni bukan calang2 orang..begitu juga dengan bakaljiran3 dan bakaljiran4..hehehe. Bakaljiran2 ni pensyarah UPSI. Kenal ramai lawyer pulak. Maka, berlakulah sesi ugutan saman menyaman, masuk aduanrakyat TV3 dan sebagainya. Maka, setelah berpadu tenaga bakal-bakaljiran semua, maka setujulah pemaju untuk repair semua rumah yg ada. Tempoh telah diberikan. Sekiranya dalam tempoh tersebut takde apa-apa progress, maka tindakan akan diambil. Tak kira la CEO ko dato' seri pun, AAK?

Hmm... jadinya..antara dialog orang pembelit (kakitangan2 pemaju yg sangat daddykasi  tu)

Pembeli rumah: I nak buat appointment nak jumpa manager u.
Saleperson: Manager takder..dia selalu kat estate..
Pembeli rumah: Ha, itu yg nak buat appointment tu... (duh...taknak jumpa ckp je la)

Pembeli rumah: Jadi bila u nak repair rumah I?
Saleperson: Kitorg tunggu payment je skrg ni.
Pembeli Rumah: Ai, bakaljiran4 saya dah 2 bulan kena potong gaji, maknanya payment dah lama masuk, u all tak repair pun rumah dia, kunci tak dapat lagi. Baik u all ngaku (sambil bulatkan mata, kepala sedikit ke depan), u all bukan tunggu payment kan??? U all boleh jamin ke kalu payment masuk hari ni, u all repair rumah I esok??? Tak bukan? Sebenarnya, u all belum ada contractor bukan??? Dan contractor tu pun bukan boleh buat semua rumah serentak..kena tunggu one by one repair juga kan?
Saleperson: (angguk-angguk.....tak tau nak cakap apa..dah pecah lobang).


Akhirnya, keesokan hari..selepas dah kecoh semalam..di pagi yg macam selalunya bz.... pemaju call
Saleperson: Encik, kitorg nak komfem, encik setuju tak kami nak ganti pintu dapur dengan pintu besi??

Hmmm.... kurang asem... sajer nak kasi my blood go upstairs!

1 comment:

  1. ai yg baca ni pon rasa my blood go upstairs dah ,hehehe.

    ReplyDelete