Tuesday, March 13, 2012

.: Ini pasti berakhir

Kadang-kadang, ujian datang tak semena-mena. Walau serapi mana perancangan kehidupan kita, kalau Allah dah kata begitu, begitu lah jadinya.

Namun begitu, bukanlah alasan untuk kita tidak bersedia dan menggunakan akal yang dianugerahkan. Bukan lah juga alasan untuk kita berserah begitu sahaja, menanti masa menyalahkan takdir.

Ingin dikongsi sebuah kisah yang saya dapat dari satu majlis perkongsian ilmu, oleh seorang pensyarah di Politeknik saya juga.

Kisah seorang sahabat Nabi, yang telah membiarkan unta beliau tanpa ditambat. Maka Nabi s.a.w menegur, agar ditambat terlebih dahulu unta tu. Tapi sahabat ni kata, dia tinggalkan unta itu dalam jagaan Allah (tawakkal). Tapi Nabi s.a.w menyuruh sahabat itu tadi menambat dahulu, barulah kemudiannya bertawakkal dan berserah.Moral of the story, kita kena lah berusaha dulu, baru berserah. Jadi cerita ini sesuai untuk orang-orang yang jual insurans ( heh heh heh), sbb kawan saya yang bagi perkongsian ilmu ni
bercerita tentang takaful sebenarnya.

Hidup kita perlu diatur dan dirancang sebaiknya. Baru lah serahkan pada takdir. Sekurangnya-kurangnya, bila kita sudah merancang, kita tahu mana hala tuju kita.

Sebaik-baiknya, perancangan hidup mestilah ke arah mendapatkan keredhaan Allah. Bila sudah ada perancangan hidup, sekurang-kurangnya, disepanjang timeline hidup kita, kita berupaya mengenal mana ranjau yang perlu ditepis, dan mana yang perlu dipertimbangkan.

Ada banyak kaedah kita mencapai target. Sebaiknya, dalam usaha mencapai target kita, jangan sampai yang dikendong berciciran.Lebih malang lagi kalau yang dikejar jua entah ke mana.

Bila kita mengejar target, perlu sentiasa ingat "ini pasti berakhir". Bila kita sudah berjaya juga mencapai target, percayalah "ini pasti jua berakhir".

Walau apa kita buat,"kita pasti berakhir." Bila sentiasa ingat "kita akan berakhir", maka kita tak akan sesekali buat perkara-perkara yang kita tak ingin kita "berakhir" bersamanya.

No comments:

Post a Comment