Monday, February 6, 2012

.: Cuti maulidur Rasul

Cuti Maulidur Rasul, saya dan suami putuskan untuk stay je di rumah. Dan saya boleh la update aktivit-aktiviti kami sekeluarga di sini.




Saya tak cerita lagi kan, yang kami sekeluarga berkunjung ke Aquaria dan Planetarium Negara kan? Haa...gambar-gambar diatas telah diambil masa kejadian lawatan tu sekitar Chinese New Year 2012 yg lalu.

Tu kat Planetarium Negara. memang best anak-anak tu... Wafiy makin berkobar nak jadi angkasawan bila tengok tayangan kat Planetarium tu... hmm... saya tak suka sangat dia jadi angkasawan. Tapi, tengok lah, masa masih panjang...boleh berubaha-ubah lagi cita-cita tuuu...

Macam saya jugak. Tapi cita-cita pertama saya memang nak jadi lecturer... pastu saya pernah juga bercita-cita nak jadi peguam..doktor...alaaa cita-cita popular zaman sekolah dulu. Saya tak pernah bercita-cita nak jadi model ke, pramugari ke, atau artis, walaupun rupa saya ala-ala pan-asia...(hua hua hua.... bukan macam pan-cake??) heh heh heh... saya juga tak pernah bercita-cita nak jadi anggota badan beruniform seperti misi (mcm mak saya) atau askar (mcm ayah saya dulu) atau polis ke dan sebagainya. Tapi, saya pernah memasang angan-angan untuk mempunyai empayar perniagaan saya sendiri..haaaaaa gituh! Saya nak keluarkan produk jenama saya...dari penjagaan diri, wajah.. minyak wangi sampai lah sabun cuci pinggan..semuanya jenama saya. Pastu ada hotel 5 bintang, pun jenama saya. Hmm... pastu saya ada keluarkan kereta jenama saya jugak. Waahh... tu angan-angan saya masa darjah dua- tiga.. Hmm..saya juga ada membuat misi kemanusiaan di negara-negara bergolak..masa tu perang kat Iraq... saya pergi menghantar bantuan kemanusiaan kat sana..naik pesawat jenama saya sendiri.. heh heh heh. 

Saya pun heran macam mana saya boleh menulis sampai ke sini. ooo..sebab saya tulis tentang cita-cita wafiy kat atas tadi.

Oh ya..ada lagi gambar saya nak upload..sila tengok di bawah ni...

Ini perkahwinan rakan sekerja saya sewaktu di Sabah dulu. Yang lelakinya tu. Namanya Muizz. Dia lagi muda dari saya 2 tahun. Tapi saya heran kenapa dia tak panggil saya dan kawan sebaya saya yang pakai tudung biru dalam gambar di atas tu dengan panggilan 'kak'. Orang lain dia panggil juga 'kak'. Hmm..yang pakai tudung biru tu kawan saya, Suriy. Dia bestfriend saya masa darjah 1. Tapi dia pindah sekolah masa darjah satu tu jugak. Saya ingat dia. Saya selalu tercari-cari pasal dia. Kalaulah saya tahu ejaan nama penuh dia dengan betul, dah lama saya google di internet. Tapi, Allah kabulkan doa saya untuk jumpa kawan saya tu. Dia akhirnya jadi officemate saya di Sabah..sama-sama mengajar di tempat yang sama. Saya cam dia...memang saya cam dia. Mula-mula saya takut nak tegur, ye lah, ramai Suriya dalam dunia ni. mana la tahu ada lagi suriya dengan trade-mark yang sama. Bila saya buat soal selidir, interview sedikit sebanyak. Sah la dia yang saya cari. Anda nak tahu macam mana saya cam dia? heh heh heh...gigi dia yang cute! Dia asyik bertukar-tukar sekolah. Dan akhirnya, dia tak ingat pun dia pernah bersekolah sama dengan saya... haih...kesian. Saya cuba ingatkan dia....dia akhirnya ingat dia pernah bersekolah di SRK Zainab 1 dengan saya..(banyak sangat dia pindah randah..ikut ayah dia). Itu dah cukup baik. Apapun, Suriy, yakin lah yang kita pernah duduk sebelah menyebelah dalam kelas 1Biru dulu...hehhehehe....

Lagi..ada gambar kat aquaria KLCC...

Haa...gambar kat atas tu saya bersama anak-anak di aquaria KLCC. Gambar ini diambil oleh suami saya. Oh ya, saya yang baju biru berseluar putih tu. Makcik yg pakai tudung cokelat tu takde kena mengena dgn ini gambar. sibuk pulak..syosh... hihi..sori ye makcik. Yang saya dukung tu Maryam. Sabrina dalam stroller kuning hitam tu.

Banyak gambar diambil oleh suami saya. Tp saiznya besar...so..malas juga ya nak kecilkan gambar. Jadi, ini saja dulu. Akan kemaskini lagi jika ada kelapangan.
Tata...

1 comment:

  1. hahaha.. gelak aku sorang2..
    baru perasan ada gambar kat wedding muizz ngan ada sejarah silam kita... muahahhaa..

    trademark cumil... ekekeke

    ReplyDelete