Monday, January 16, 2012

.: Salam 2012

Haaaaiiiii semua..
Alhamdulillah..saya masih bernafas, meneruskan hidup ini.

2012 dimulakan dengan fasa-fasa yang sangat sibuk. Sehingga saya tidak sempat mencuri waktu pun untuk merakamkan hari-hari awal di tahun 2012 dalam tulisan di blog yang kian terbiar sepi... sesepi hati penulis...

*sepi dalam penulisan di atas adalah dari konteks perbandingan perasaan penulis ketika post ini ditulis berbanding perasaan penulis ketika penulis dikelilingi rakan-rakan yang sudah lama tidak ketemu.

Memulakan penulisan entry pertama di tahun 2012, ingin saya kongsikan dengan para pembaca sekalian kisah harta saya yang paling berharga di dunia ini... anak-anak saya.

Wisam Wafiy tahun ini bakal menginjak ke usia 5 tahun. Saya masih menghantar Wafiy ke Tadika KEMAS di sebelah pagi, manakala taska akan mengambil alih tugas jagaan pada sebelah petangnya. Seperti saya, wafiy membesar menjadi seorang yang sangat selesa berada di dalam rumah. Kadangkala, dia mengekspresikan perasaannya yang tidak suka keluar berjalan-jalan entah apa tujuan... walaupun kami bagitahu nak bawa dia jalan-jalan ke KL. Wafiy menunjukkan sikap-sikap yang positif sebagai abang... di mana dia sangat protective terhadap Maryam dan Sabrina. Walaupun sikap kanak-kanak dalam dirinya masih sarat, namun dia tetap menyimpan sedikit kerisauan pada keselamatan adik-adiknya. Ini jelas dilihat ketika saya melepaskan dia bermain di mana-mana taman tema permainan...dalam dia seronok bermain, sentiasa dia pesan pada saya untuk jaga Maryam.... heh heh heh... mungkin dia risau saya pula yang terleka melihat dia bermain.

Maryam Raeesa, yang menggelarkan dirinya sebagai Princess Barbie kini sangat sensitif dan manja. kadang-kadang, saya tak faham, bila dia tiba-tiba merajuk. Ye, memang tak tentu pasal. Kalau dia nyanyi, kita termenyampuk dan tersalah masuk pula, memang tadah telinga saja lah mendengar teriakannya yang macam wisel. Saya pernah sakit telinga, rasa berdesing selama hampir seminggu kerana teriakan wisel Maryam. Saya teringat, Umy saya pernah cerita... masa saya kecil dulu, pengasuh tak berani marah saya sebab suara saya boleh mengakibatkan jiran tetangga datang menyiasat, sama ada berlaku kes dera ke tidak di rumah saya.
Maryam ni suka buat aksi yang sweet.... contohnya, bila pagi, dia akan masuk ke bilik saya dengan wajah ceria sambil mengucapkan.."Selamat pagi , Mama...!". Dan kalau adiknya si Sabrina menangis, maryam akan memujuk-mujuk sambil mengulang ayat feveretnya.."da..dah..kakak marym datang.... kakak maryam datang.....ameena sabrina......".

Ameena Sabrina di usia menjangkau 6 bulan sekarang sudah mahir menggulingkan badang, berpusing-pusing, dan tak lupa juga aksi melenturkan badan ke arah belakang. Untuk rekod, aksi ini juga merupakan aksi feveret abangnya Wafiy. Ameena Sabrina banyak ikut rupa si abang. Tapi, versi yang lebih cerah..hehehe. Namun, Maryam masih lagi mengungguli carta kecerahan... Maryam digelar Si Puteh oleh para pengasuh-pengasuh di taska. Puteh tang mana pun mama tak pasti, sebab kat taska tu ramai kanak-kanak sebaya yang lagi putih.

En Ashady pula masih maintain..belum nampak tanda-tanda akan boroi sepetimana rakan-rakan seangkatan beliau. Disiplin naik turun tangga setiap hari berjaya mengekalkan bentuk tubuh beliau. Saya tak dapat bayangkan kalau beliau boroi. Oh, tidak! Jangan.
Janggut beliau juga masih maintain, dan saya belum terniat untuk menyuruh beliau memotongnya, apatah lagi mencukur. Saya lebih suka beliau berbulu, dari licin sahaja... heh heh heh. Saya dapati, sejak beliau memegang pangkat yang lebih tinggi ni, beliau sangat sibuk, walau pun selalu dinafikannya. Ye, selalu dinafikan..untuk menemani saya. Tapi saya tahu, dia berjaga malam untuk menyudahkan kerja. Baik ngaku! Buat pengetahuan beliau (sekiranya beliau membaca), saya boleh lunch dengan rakan-rakan di ofis (atau sendirian sahaja) kalau beliau sibuk. Beliau tak perlu tergesa-gesa untuk datang lunch dengan saya. Saya juga berkerjaya... (walau saya rasa macam tak bestnya makan tanpa dia....)

Saya? Wah...saya teruja... saya sudah kembali. Saya kini adalah saya yang lebih bertenaga. Saya rasa puas walau penat. Dan saya harap tahun 2012 ini, saya akan beroleh kematangan hidup...kebahagiaan dunia...dan mengharapkan 2012 ini saham akhirat saya jua meningkat naik. Saya bakal berusia 30! Dengan usia berangka 3 di hadapan, saya rasa bagai masih belum percaya. Ini lah usia yang saya pernah gambarkan saya sebagai seorang wanita berwajah matang, dengan gaya yang lebih keibuan, percakapan lebih teratur dan lemah lembut. Hmm...namun, saya masih disapa "miss" oleh para pelajar saya.. ye...saya jadi perasan... dengan tubuh kecil saya ni, saya mungkin nampak macam "miss". Namun, dalam kerjaya, saya sangat inginkan kematangan lebih menyerlah, supaya tak akan ada orang akan cuba memperkotak katikkan  saya dengan anggapan saya orang muda boleh disuruh itu ini, duduk rumah tinggi-tinggi.... heh heh heh... (haih..kenapa tiba-tiba rasa geram pada sekelompok orang-orang itu pulak dah....??? )

Semoga selepas ini saya akan lebih rajin menempek gambar-gambar pula.
tata...adios....

1 comment:

  1. Semoga Vivacious O'light mencapaikebahagian dunia akhirat. Semoga sihat bersama anak-anak, keluarga dan orang tersayang. Maju dalam kerjaya dan rumahtangga.Amin.

    ReplyDelete