Sunday, December 18, 2011

.: Penutupan tirai

Alhamdulillah... 2011 bakal melabuhkan tirainya.
Tahun ini telah dilalui dengan penuh perasaan.

Saya secara peribadi ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada mereka yang telah terlibat dalam hidup saya secara positif atau negatif sekalipun. Kerana saya telah belajar pelbagai ilmu kehidupan pada tahun ini.

kalu ikut Outcome Based Education..antara Outcome yang telah dicapai dalam pembelajaran kehidupan saya tahun 2011:

1. Kita kena belajar keluar dari comfort-zone. Perubahan memang agak penat dan perit pada permulaannya, namun perubahan dan transformasi sangat perlu untuk kelestarian semangat dalam kehidupan.
2. Hargailah keluarga kita lebih dari segalanya. Sebab, bila kita dah rasa macam takdak arah, kita sekurang-kurangnya akan terfikir akan insan-insan yang terdapat dalam carta salasilah keluarga kita.
3. Persaingan perlu. Tapi, tak payah le sampai kelihatan menjengkelkan. masing-masing telah tertulis rezekinya. Jangan hanya cakap dimulut je "rezeki masing-masing". Yakin lah.
4. Gurauan ada had. Jangan sampai gurauan menjadi perkara yang menghantui fikiran. Berpeganglah pada prinsip. Demi keimanan pada Allah dan hari akhirat, bercakaplah perkara kebaikan, atau diam.
5. Walau apapun berlaku, mesti kembali kepada Tuhan, dan ingat pesan Nabi.
6. Inna ma'al usri yusra.
7. Allah maha Adil.

Banyak perkara yang terjadi tahun ni hampir menggugat kesabaran saya. Terima kasih kepada Tuhan kerana kurniakan saya seseorang yang banyak mengajar saya sabar. Dia melengkapi segala kekurangan saya. Syukur Allah masih pinjamkan dia pada saya.

Setiap kali mendaki anak-anak tangga yang bertingkat-tingkat untuk sampai ke rumah, saya tidak pernah gagal melupakan seseorang itu yang selalu mengecewakan harapan saya. Betapa tegarnya dia membiarkan staf dia kesusahan. Saya sentiasa ingat Allah itu adil. Saya bersyukur, walaupun rumah yang diberikan cuma rumah untuk staf sokongan, di tingkat yang sgt tinggi... Saya anggap setinggi itulah juga usaha saya mencapai keredhaan Allah. Sesampai saja di atas, peluh melencun, penat menggalas Sabrina yang masih kecil, mengheret Maryam yang lincah melompat, melayan Wafiy yang merungut penat... hanya Sabar yang mengindahkan hari. Dan suami yang lembut lagi penyayang yang menghibur hari. Dia juga penat menggalas segala barangan, beg-beg dan bungkusan dari bawah. Heran... dia tak pernah bersungut. Huh, kalu dia bersungut, saya lagi lah laju menyusun sumpah. hehehhe... I'm still waiting for a home.... A home for better living...

Di penghujung tahun ni, saya bertekad, tahun depan saya akan jadi seorang yang lebih tabah, gagah dan sabar. Tak ada ruang untuk tampil lemah. Segala pengalaman dan pelajaran lepas akan saya jadikan bekalan. Perjalanan nampaknya sedikit curam, saya kena tekan minyak lebih...mengaum lebih kuat!

Baru setahun... tempoh yang sangat singkat untuk menduga. Terlalu awal untuk gembira mempunyai teman.. seperti mereka yang pernah menemani hariku....

2 comments:

  1. Salam Farah,

    Dapat Fendi rasakan kepenatan tangga ittew.
    Jangan mengalah. Kalau nak think +ve, anggap saja tangga tu sebagai alat senaman. Fendi sokong agar Farah n Siddiq dapat rumah baru untuk u oll kelak.

    ReplyDelete
  2. fendi..kami pun tengah excited nih... tgh buat urusan beli rumah... harap2 urusan ni cepat le.

    ReplyDelete