Friday, November 11, 2011

.: Ujian Allah

Minggu depan, pelajar-pelajar politeknik akan mula menghadapi ujian akhir semester. Ini bermaksud, bermula lah jua sesi yang amat boring bagi para pensyarah yang terlibat dalam pengawasan exam. Ye lah, bila kita mengawas exam, bermaksud, kerja kita adalah mengawasi pelajar-pelajar yang sedang menjawab di dalam dewan/bilik pengawasan kita. Bukan bersembang dengan pengawas exam bilik sebelah, atau pembantu pengawas yang bertugas sebilik dengan kita. Masa mengawas tu kita kena lihat betul-betul tak ada pelajar yang cuba melakukan jenayah seperti meniru, cuba meniru, bawa nota dan sebagainya di dalam bilik peperiksaan. Kita juga kena awasi pada setiap masa bahawa bilik tersebut dalam keadaan yang kondusif untuk pelajar-pelajar kita menjawab dengan selesa. Mana-mana pelajar yang perlu bantuan (dia angkat tangan biasanya) perlu lah di layan. Kalau kita asyik duk bersembang, naik lenguh budak tu angkat tangan, tapi kita tak perasan. Kita juga kalau boleh jangan asyik nak bersms pulak dengan teman-teman lama, seperti teman-teman dari tempat kerja lama kita dulu (yang kebetulan pulak sama-sama sedang jaga exam..heh heh heh).


Kenapa perlu ada ujian? Tak cukup ke dengan lecture yang di bagi oleh pensyarah setiap hari selama satu semester tu? Dalam kehidupan kita pun tak dapat lari dari diuji. Kenapa kita diuji? Ujian dalam hidup kita ni mencakupi segenap sudut. Siapa tak nak kehidupan yang mudah, lancar dan berkesan, kan? Semua orang kalau boleh, hidup nak senang. Kalau dah meningkat dewasa, nak berkeluarga, nak berkerjaya yang bagus, nak ada kehidupan yang stabil. Tapi, kita diuji… kita tak dapat semua yang kita inginkan. Ada diantara kita diuji tak dapat anak walaupun dah berpuluh tahun kawin. Ada yang ada anak, anak pulak nakal dan sangat menguji kesabaran. Ada pulak yang tak kawin-kawin pun. Diuji ditinggalkan orang tersayang. Diuji dengan beban hutang piutang. Diuji dengan kerenah manusia-manusia sekeliling. Hari-hari yang dilalui penuh dengan ujian.

Boleh ke kita mintak dengan Tuhan, Ya Tuhan, hari ni jangan lah ada apa-apa ujian… biarlah mudah je aku hari ni. Buleh ke?

Ujian sebenarnya adalah untuk mengangkat martabat kita… kalu tak der ujian, mana kita nak tahu pelajar kita ni layak ke tidak dapat A ke, B ke, fail ke… kalu dia nak naik dari diploma ke degree, pun kena ujian lagi…

Begitulah halnya dengan kehidupan. Ujian tuhan ni mudah je sebenarnya nak dilalui. Kena sabar, syukur. Buat segala yang Dia suruh. Tapi, nak buleh ke sabar dan syukur tu yang memerlukan kekuatan akidah yang mantap. Walau apa pun ujian Tuhan pada kita, ingatlah janji Allah, Dia takkan uji diluar kemampuan kita, dan Dia akan sentiasa dengan orang yang sabar. Kalau sejuta enam pun hutang piutang yg tergalas di bahu kita (dengan tujuan kebaikan), insya Allah, kita akan mampu laluinya. Walau bagaimana derita pun kita ditinggalkan yang tersayang, yakin lah Allah tak akan menganiayai kita. Dia nak angkat martabat kita.

Macam mana ye nak sabar?

Untuk sabar, kena ada kawalan yang mantap pada mental dan perasaan kita. Kita kena kuasai perasaan kita. Bukan perasaan kita yang kuasai kita. Kalau perasaan kita dah kuasai kita, abih lah. Itu yang jadi orang sakit mental ramai sekarang ni. Jadi Pn Vivacious, sila la bersabar dengan situasi anda sekarang.

No comments:

Post a Comment