Friday, November 11, 2011

.: Susu ibu dan akidah kita

Kebanyakan ibu-ibu sekarang sudah mula menyedari akan kebaikan penyusuan susu ibu terhadap bayi-bayi mereka. Ini bersesuaian dengan perintah Allah yang menyuruh para ibu menyusukan bayi sehingga 2 tahun.


Di pasaran juga kita boleh dapati pelbagai gajet-gajet yang membantu menjayakan lagi penyusuan susu ibu. Maka, ibu-ibu berkerjaya juga tidak ketinggalan dapat menyusukan bayi-bayi mereka secara exclusive. Kita boleh dapati pam susu pelbagai jenama, sama ada yang manual mahupun automatic. Macam kereta juga. Pam susu ni pun ada yang murah dan ada yang mahal. Yang murah dan yang mahal ni sudah tentu ada perbezaannya. Kalau yang mahal tu, biasanya lebih bagus lah, dan lebih menyenangkan si ibu. Malah saya pernah mendengar komen seorang ibu “sebab saya guna pam jenama ini lah saya mampu bertahan menyusukan anak saya secara exclusive sampai sekarang.”

Namun, ada juga ibu yang hanya menggunakan jari je..hehehe..pakai tangan pun mampu memerah dengan sama banyak dengan orang pakai pam mencecah ribu ringgit.

Isu yang ingin saya tulis bukan isu pam mahal, murah atau pakai tangan. Isunya, saya tertarik untuk memperkatakan perihal sesetengah ibu yang sangat obsess dengan kebaikan susu ibu. Hatta memburukkan pula ibu yang tidak menyusukan bayi mereka, atau memberi susu formula pada bayi.

Perkara ini sangat merbahaya, malah boleh merosakkan akidah!

Ya, ibu-ibu..berhati-hati dengan keyakinan anda. Walaupun anda menyusukan bayi anda secara exclusive sehingga anak anda 2 tahun pun, dan tak pernah memberi setitik pun susu formula pada bayi anda, anda tidak boleh yakin bahawa susu anda itu akan memberikan segala-gala khasiat dan antibody pada anak anda. Anda tak boleh sama sekali berkata, anak saya ni sihat dan montel sebab anak anda adalah bayi susu ibu. Istighfar!

Memang tidak dinafikan, susu ibu adalah yang terbaik, memang termaktub di dalam Al-Quran. Kalau tak, Allah tak suruh lah kita susukan dengan susu ibu. Ye tak? Namun, tanpa izin Allah, segala khasiat itu tak akan memberi sedikit pun manafaat yang diharapkan. Yakin lah, yang berkuasa Cuma satu, iaitu Allah.

Perbetulkan niat anda. Susukanlah bayi anda kerana ia perintah Allah, bukan kerana khasiat susu itu semata!

No comments:

Post a Comment