Friday, September 16, 2011

.: Terkenang

Dulu, masa saya di Sabah, sempat lah juga saya beranak sebanyak dua kali. Walaupun jauh dari keluarga, saya tidak risau, sebab saya ada ramai kawan dan jiran tetangga. Saya mempunyai perasaan boleh harap ke jiran dan kawan-kawan di sekitar saya. Saya selalu rasa, kaau apa-apa jadi pada saya, saya ada ramai pilihan teman untuk dihubungi dan meminta bantuan.

Bila saya dekat-dekat nak bersalin, dah ada beberapa rakan dan jiran yang betanya khabar, siapa nak jaga Wafiy nanti nak gi hospital. Ramai yang offer nak tolong tengokkan. Dan ada saja orang yang tanya nak ngurut dengan siapa, sambil mencadangkan nama-nama yang dikenali.

Bila saya dah bersalin, masing-masing pakat mesej dan menalifon bertanya khabar dan mengucap tahniah. Dalam seminggu, berduyun jiran tetangga dan rakan-rakan ofis datang berkunjung. Pendek kata, hari-hari saya berpantang di Sabah, saya tidak sunyi. Ada saja yang menyinggah menjenguk saya. Ada yang datang ke hospital membawa keperluan saya semasa di hospital. Ada yang tolong masakkan sup ikan, makanan orang berpantang. Kehidupan yang sangat meriah, muhibbah dan menyeronokkan.

Saya masih ingat, masa saya di hospital, dah nak masuk dewan bersalin, jiran saya si Halen datang ambil Wafiy balik ke rumah, supaya suami saya boleh masuk menemani saya. Malamnya selepas saya dah bersalin, saya pitam... kak Ida datang bawa makanan dan air milo panas..tengah-tengah malam buta tu. Pastu, masa hari-hari awal tu, saya masih lembik kerana banyak hilang darah, Yatt yang masakkan sup ikan yang sangat menyegarkan. Yatt juga ada tolong kemaskan rumah dan dapur saya masa saya masih belum larat nak mengemas. Saya sangat terharu...sampai sekarang saya masih teringat.

Dan sampai sekarang, saya amat menghargai persahabatan yang terjalin dan terbina semasa saya di Sabah dulu.

3 comments:

  1. mcm sedih jer..mcm jiran2 baru ni tak friendly jer.huhuhu

    ReplyDelete
  2. bila nak mari sining lagi? miss you farah w/p sempat berkenalan sekejap cuma :)

    ReplyDelete
  3. alahai terharunya bila ada yg masih mengenangkan kami di sini.. kami pun rindu kat farah & fmly. skg rasa mcm takde jiran dah haha

    ReplyDelete