Thursday, September 22, 2011

.: Jika begitu suratannya...

Perceraian adalah satu proses pembubaran sebuah institusi rumahtangga, tak kira lah talak berapa pun. Tidak seperti bila kita mendengar berita kawan kita kahwin,y ang mana kita rasa nak kongsi berita itu dengan para sahabat yang lain dengan rasa gembira. Bila kita tahu kisah perceraian sahabat kita, kita akan rasa serba salah untuk memperkatakannya... tidak seperti wartawan hiburan yang sangat suka topik artis bercerai berai.

Tapi, biasanya, bila berlaku satu perceraian di kalangan sahabat kita, kita lebih nak tahu, apa puncanya??? Biasala, orang takkan tanya "laaa..kenapa kawin???"..tapi orang akan tanya "laa..dah bercerai?? kenapa??" sambil mengangkat kening dan buat muka terkejut dan kesal.

Seboleh-bolehnya, setiap pasangan yang berkahwin, yang telah membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk hari perkahwinan mereka, dan telah mempamerkan ke serata alam gambar-gambar romantis persandingan mereka, serta kisah-kisah sweet mereka, mereka ingin kekal bahgia hingga ke akhir hayat bersama. Namun apakan daya, kita kena kembali pasrah pada Tuhan, bahawa jodoh, ajal (dan lain-lain) semuanya di tanganNya.

Apapun, kita patut mengucapkan tahniah juga pada mereka yang berjaya menceraikan diri mereka dari pasangan masing-masing setelah merasakan tidak lagi serasi bersama. Bukan mudah ye untuk mengambil keputusan dan tindakan ini.

Ya, bukan mudah untuk bercerai, semudah lafaznya. Banyak perkara yang mereka perlu fikirkan. Terutamanya bila sudah ada anak. Ramai pasangan yang dah nazak-nazak dah hubungan mereka, tapi tetap meneruskan perkahwinan mereka yang sudah something's-wrong-somewhere itu demi kepentingan anak. Tahniah juga untuk pasangan yang jenis gini, kerana tidak hanya mementingkan diri mereka sendiri. Nasihat saya untuk pasangan gini, baik le anda perbaiki hubungan anda dari duk tahan je .. buleh ke hidup dengan orang yang kita dah tak sehaluan?? Apa kata amik haluan yg sama semula??s (memang senang cakap kalu tak kena hidung sendiri)

Tapi, ada kalanya, perceraian membawa kebaikan untuk semua pihak, jadi apa salahnya anda mencuba? Contohnya, kalu anda dan suami anda tidak lagi sekufu. masa kawin dulu sekufu, bila dah lama-lama, kekufuan itu semakin hilang. Jangan takut dengan title baru janda atau duda. Anda boleh letakkan status 'single' je pada facebook anda..hehehe. Selamat menjalani kehidupan solo kepada anda yang sudah bercerai.
Saya pernah mendengar seorang Ustaz berceramah. Beliau mengulas bahawa, kesekufuan antara pasangan perlu sentiasa dijaga. Sebab ia boleh berubah-ubah. Jadi, bila si suami dah jadi gila kamera, si isteri kena sentiasa jadi model la jawabnya. Kena up-to-date selalu. Satu silap besaar bila antara suami dan isteri kata dia dah masak benar dengan perangai pasangan mereka...sebab kita kena sentiasa ready dan sedar bahawa pasangan kita tu boleh berubah-ubah perangai dan kesukaan mereka,macam tokek. hehhehehe.... Berusahalah untuk sentiasa alert sebarang perubahan pasangan jika anda sayangkan rumahtangga anda, serta rumah yang anda dan dia sedang sama-sama bayar itu.
Sentiasalah juga berdoa, agar dikekalkan kebahgiaan berumahtangga..sebab tak guna berumahtangga kalu tak bahagia..buat muka cepat tua aje.
Perceraian itu halal..namun ia sangat dibenci Tuhan. Dekatkanlah diri dengan Tuhan, dan cintailah Dia. Semoga Dia juga mencintai kita... dan Dia sangat benci menyakiti hambanya yang mencintaiNya.

2 comments:

  1. perpisahan dengan orang yang pernah kita sayang itu menyakitkan...parutnya akan kekal...

    ReplyDelete