Tuesday, August 16, 2011

.: Tak leh kuat-kuat

Hmm..kontroversi pulak kisah takleh pasang bacaan Al-Quran dengan pembesar suara tu. Apapun, kembali pada Al-Quran dan Sunnah la, apa yg Nabi s.a.w ajarkan.

Sepertimana kita takleh paksa orang sedut/hidu asap rokok kita, sebab orang akan marah dek kerana kesan asap rokok tu, kita juga takleh paksa orang dengar bacaan Al-Quran walaupun mendengar Al-Quran itu mempunyai pelbagai kebaikan..(bagi yang mengetahui). Tapi, bagi orang yg dah suam-suam kuku, dan tak berapa nak faham keindahan Islam ni, buleh mendatangkan fitnah pulak. Elok-elok dia nak suka Islam, jadi tak suka pulak, dek kerana kesilapan kita yang tak reti nak belajar mengamalkan Islam dengan betul.

Lebih parah lagi bila isu ini cuba dipolitikkan pula. Sedangkan di dalam masjid pun, kita takleh melantangkan bacaan Al-Quran sampai mengganggu orang lain nak beribadat... apatah lagi kat luar masjid.

No comments:

Post a Comment