Wednesday, August 17, 2011

.: Syurga itu di mana??

Bagaimana dapat kita kecapi syurga akhirat, kalau syurga dunia pun jauh dari kita.

Bagaimana mencari syurga dunia? Kunci syurga dunia adalah pada ketenangan hati. Bagaimana mendapat ketenangan hati? Kembali pada ajaran agama, kembali bertuhan, dan bersunnah.

Mudah bicara dari melaksana.

Bertuhan dan bersunnah bukan semata di tikar sejadah, di masjid dan surau... bukan berlilit tasbih atau berkopiah dan bertelekung.

Dalam kealpaan kita, kesibukan dengan aktiviti seharian, kesibukan dengan kesesakan fikiran kita, ingatkah kita pada ibu dan ayah? Adik, kakak, abang...sepupu sepapat....sahabat-sahabat... Adakah kita menjaga hubungan itu? Jika hubungan itu tidak terjaga, bagaimana agaknya kita meraih nikmat syurga dunia dan syurga akhirat?

Berkahwin atau beranak pinak bukan alasan untuk meng'isolate'kan diri, dan bukan alasan untuk melupakan keluarga, kawan-kawan... sebagai pasangan yang juga mengimpikan syurga bersama, harus saling memperingatkan pasangan masing-masing, agar tidak mengabaikan tanggungjawab menjaga hubungan ini. jangan pula bila kita dah dapat pasangan kita, kita kontrol pulak dia supaya dia tu jadi hak milik kita saja. Kesian mak bapak dan kaum kerabat pasangan kita tu. Kita mesti sentiasa sedar diri, pasangan kita tu menjadi seseorang yang hebat sehingga kita suka kat dia, semuanya hasil didikan ibu bapa dan keluarganya... takkan sesenangnya kita merampas pasangan kita..seterusnya menjadikannya seorang yg berdosa.

Bagaimana mungkin dapat menikmati syurga dunia, apatah lagi syurga akhirat??

Semoga anak-anak mama menjadi anak yg soleh dan solehah... sentiasa hidup bertuhan.

No comments:

Post a Comment