Wednesday, August 17, 2011

.: Nuzul Quran, anak-anak cuti nursery

Hari ni 17 Ramadhan... cuti Nuzul Quran. Anak-anak semua ada di rumah, boleh bayangkan betapa chaos nya suasana di rumah saya.

 Selamat menikmati bonus raya ye kepada semua kakitangan awam dan para pesara. Dengan rezeki yang lebih ni, harapnya dapatlah dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Minggu depan kami bakal berlivina balik kelate...insya Allah. Babah nampaknya telah membuat perancangan dan persiapan untuk perjalanan yang jauh bersama 3 anak kecil beliau ini. Babah nak pasang TV dalam kereta, supaya anak-anak dapat duduk diam-diam. Buleh jalan ke idea ni, babah oii?? Cuba je le... jangan jadi punca perang pulak sudah le..budak-budak ni bukan kita senang-senang aje kontrol bagi tengok CD. Dapat duk diam dalam sejam dua pun jadi la..pastu sila la tidur... Semoga Allah mempermudahkan segalanya.

Sempena Nuzul Quran ni, yg mana buleh ngaji tu, ngaji la... yg tak buleh tu, selawat la, zikir...ramadhan ni sekejaaap aje.






No comments:

Post a Comment