Tuesday, August 23, 2011

.: Dialog spontan

Dalam pergaulan dan komunikasi kita sehari-hari, kita akan terdedah dengan pelbagai kaedah, gaya, dialek dan jenis bahasa yang diamalkan oleh pelbagai jenis dan latar belakang manusia yang kita berkomunikasi dengannya itu.

Kita sendiri turut mempunyai gaya, kaedah, dialek dan jenis bahasa kita yang tersendiri. Cara pertuturan kita adalah trademark kita sendiri. Ini termasuklah bait-bait perkataan yang digunakan, lenggok intonasi, kadar patah perkataan yang diucapkan (laju ke lambat), jenis bahasa, pengaruh persekitaran dan sebagainya.

Pengalaman saya di Sabah misalnya... orang-orang Sabah kebanyakannya yang saya kenal, amat lembut sekali pertuturannya. Walaupun mereka nak memaki hamun sekalipun, bunyinya sangat lembut saja..(tapi biasanya kalu dah daerah Tawau, saya tak berani..). Tapi jarang sekali saya dengar orang Sabah memaki..hehe.

Tapi kalu di semenanjung ni, contoh paling senang, di kelantan, perkataan 'binatang', atau pun dalam loghat kelantannya ialah 'nnatey', adalah biasa di dengar. Bahkan, di kalangan sahabat-sahabat pun, kita biasa mendengar mereka berbahasa sesama mereka seperti "bengong nnatey nih..". Kalau berlaku perbalahan pun, memang tak akan terkejut untuk mendengar segala nama haiwan di hutan akan di sebut..

Dalam post saya kali ni, saya nak highlightkan tentang dialog spontan. Dialog spontan yang saya maksudkan ini ialah, dialog yang keluar tanpa melalui proses fikir panjang, yang keluar secara spontan dan kadangkala ia tidak membawa maksud seperti yang tertulis dalam Kamus Dewan pun. Kadangkala dialog spontan ini dipengaruhi oleh tabiat seseorang yang sering menyebut dialog tersebut, ataupun pengaruh persekitaran.

Contohnya, bila seorang anak terjatuh, seorang ibu yg mithali akan secara spontan menyebut "Allah, anak bertuah!"
Tapi, kalu ibu yang agak-agak sinis "Ha! Tu laa...." Itu semua dialog yang keluar secara spontan, yang tak perlu fikir panjang macam seorang kaunselor nak kaunseling kliennya.

Bila kita jumpa dengan member lama kita yang kebetulannya orang melaka, kita kena jadi lebih berhati kering... kerana biasanya orang dari daerah ini, dialog spontan mereka berbaur sangat sinis dan boleh menghiris kalbu. Kita kena sentiasa ingat dan sentiasa kena peka dan dapat membezakan, mana dialog spontan dan yang mana dialog yang bukan spontan (bermakna). Kerana, kalau kita nak ambil kira dialog spontan mereka, boleh tahan tebal la diary kita duk mengadu perasaan tak puas hati kena caci maki..heh heh heh..sedangkan mereka tidak bermaksud begitu.

Kadang-kadang, kita ngadu masalah kita kat kawan kita, kawan kita pun kata "haa..tu laa...saper suruh buat gitu...". Itu adalah dialog spontan, kalu kita nak cari gaduh pula dengan kawan kita tu, boleh lah kita pergunakan dialog spontan ni untuk balas balik.. 

Dalam hubungan seharian, banyak kali berlaku pergaduhan disebabkan dialog spontan. Sebab tu, kita takleh ambik kira sangat dialog-dialog spontan ni...  tengok dialog yang selepasnya tuuu, biasanya, selepas dialog spontan, baru lah akan keluar dialog yang dikeluarkan dalam keadaan lebih waras dan tercerna, yang kalu kita nak buat gaduh pun, kiranya buleh wat masuk mahkamah le jugak.

Latih tubi: Kenalpasti dialog spontan dalam perbualan berikut:

Isteri: Bang, ada nampak tak cincin saya? Saya letak kat celah lesung batu tadi, nak basuh pinggan, dah takde pulak...

Suami: Tu la awak.... asyik letak merata.(<- ini dialog spontan. Dialog spontan ini biasanya lahir dari hati..hati yang jujur..hehehehe). Dah caari betul-betul ke?

Isteri: Eh, dah laa.... ada pulak kata saya letak merata. memang saya selalu simpan kat situ kalu nak siang-siang ayam, ikan pun... tak sempat nak simpan kat bilik.
(dalam dialog ini, si isteri sepatutnya jawab, "dah , saya dah tengok betul-betul...tapi takde". namun si isteri lebih berminat untuk melayan dialog spontan suaminya)

Moral of the dialog... biasakan diri kita bercakap dengan bahasa yang baik, agar nanti dialog spontan kita juga akan jadi menyenangkan hati. Untuk menghasilkan dialog spontan yang baik, hati mesti mau baik maaa...sebab dialog spontan jua lahir dari hati...... Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul.

No comments:

Post a Comment