Monday, August 8, 2011

.: Catatan pemantangan ku

Ini adalah kisah saya berpantang. Untuk kali ni, sama saja cara saya berpantang dengan masa anak 1st dan ke2. Bezanya, saya melewatkan sikit aktivit berurut, bertungku dan berbarut perut.. (gara-gara kena operate tu la..)

Apa yg saya makan ye?
Saya ni kurang darah, pucat saja. Jadi, saya ambil nasi bersama lauk pauk yg berkhasiat seperti ikan, ayam dan daging. Alhadulillah, saya tiada masahal dgn semua hidangan ini. Hampir setiap hari suami saya akan masakkan bubur nasi dgn sup ayam/daging, bersama sayur siap dicampur..kadang-kadang saja ikan bakar..saya tak suka ikan bakar.

Buah pun sepatutnya kena makan, saya dah sediakan stok limau manis untuk dimakan masa pantang. Tapi sayangnya, saya mendapat gastrik yang agak teruk selepas operation, jadi saya belum berani makan limau tu. Saya makan kurma. Menggantikan limau, saya makan suppplement vitamin C. Dialas dengan minum susu. Saya juga ambil madu sesudu sehari.

Dalam sehari, suami saya akan bagi saya minum susu kambing..berkali-kali juga. Naik panas berpeluh-peluh juga saya. Kalau boring minum susu kambing, saya minum la Vico atau horlicks. Tapi saya sangat suka Kopi Susu Kambing yang suami saya bancuhkan tu. Lepas minum kopi, rasa sgt segarr..aaahhhhh.....

Apa supplemet yg saya makan? 7 hari pertama, hanya ubat-ubatan hospital yg sebakul tu..antaranya antibiotik dan ubat gastriks, serta pil ferrous fumarate (tambah darah), vit B complex, asid folic..tak dilupakan Spirulina Elken dan juga pil manjakani... saya juga selalu minum air rebusan kayu sepey kederey yg berwarna kemerahan itu, dicampur bersama biji manjakani..oh sgt pahit bila dah campur manjakani..(abg, lenkali takyah dh campur ye..)

Masuk dah 10 hari gitu, saya mula makan tablet haruan kompleks leesa formula, disamping meneruskan vitamin2 yg saya makan sebelum ni...hari ni hari ke 12..saya rasa makin selesa dgn apa yg saya makan ni.

Oh ya, saya juga sudah mula berurut pada hari ke 8, 9 dan ke 10. Makcik Nah yg urut saya tu bagaimanapun tidak berani untuk urut bahagian perut dan pangkal paha, kerana katanya luka dalam belum elok bercantum lagi. Saya turut saja. Tapi lepas berurut tu, memang rasa ringan sikit badan ni. Kalau tidak, sakit pinggang je. Bertungku belum lagi. Kata MakcikNah tu, dia berani tungku kalu dah lebih sebulan... takpa la CikNah, kalu CikNak tak berani, saya lagi la takut.

Hari ke 12... daripada pembacaan saya, amalan barut perut adalah tidak ditegah untuk yg melahirkan secara operation. Malah, pemakaian barut yg betul dapat membantu menyokong pinggang dan menampu tempat luka agar tidak tertindih. Maka , saya pun berbarut perut dah laa...kawan saya hari ke 7 lagi dah barut, dan dia sgt selesa. Saya barut longgar je ni, xnak masuk angin dan untuk support pinggang je. nanti ketat sgt, kang ada yg terburai..hihihi....

Setakat ni dulu catatan saya ye. Masa landing time!





No comments:

Post a Comment