Friday, August 5, 2011

.: Ameena Sabrina lahir sudah!

Alhamdulillah, segala pujian dan kesyukuran dipanjatkan padaNya, kerana kurniaan seorang lagi puteri penyeri kehidupan kami sekeluarga.

Ameena Sabrina, lahir pada 8.45pagi, Khamis 28 Julai 2011.

Kelahirannya lewat 5 hari dari tarikh yang dijangka. Dilahirkan secara ceaserian, kerana pada perkiraan doktor, saiz Ameena adalah agak besar. Doktor tidak mahu ambil sebarang risiko bahu patah atau tersangkut. Sebab tu doktor tidak benarkan Ameena lahir secara biasa. Ameena lahir seberat 3.75kg sahaja. Namun, rangkanya lebar, bahunya bidang, menjadi bualan para misi di hospital (selain tentang keningnya yg macam ditoreh) dan tetamu yg datang. Syukur juga mama tidak berdegil untuk melahirkan secara normal. Asalkan Ameena lahir sihat dan selamat, mama sangat bersyukur.

Ukur lilit kepala Ameena lagi besar dari Maryam, sebab tu la Ameena tak dapat engage ke bawah. Sebab itu juga la mama tidak dapat rasa sakit kontraksi langsung walaupun dah overdue. Kelahiran Ameena sangat istimewa, sebab kali ni mama melahirkan tanpa sebarang rasa sakit...hehehe.. sambil senyuuuum saja mama dengar Ameena menangis sebaik doktor keluarkan dari perut.

Tapi, sebaik saja Ameena dah selamat keluar, mama tiba-tiba pulak tumpah darah. Operation yang sepatutnya ambil masa sejam menjadi 3 jam. Sampai habis ubat bius pun tak sudah juga. Rasa macam seekor ayam yang sedang disiang...

Mama sempat bagitau doktor yang jaga bahagian kepala, mama rasa pening sangat, mama dengar jantung mama lajuuuu...pastu rasa berpusing-pusing...
"Puan, ada pendarahan ye... kami terpaksa suntik kasi uterus mengecut..."
Bahu kanan mama disuntik..sakit sampai tulang. Pastu... macam tak jalan pulak ubat tu. Sekali lagi mama disuntik di bahu kiri. Lepas tu mama tak sedar.

Tiga kali pengsan, tiga kali sedar jugak, ingatkan dah mati. Eh, hidup lagi?? Mama rasa mcm perut dirodok-rodok, dirobek-robek, dipulas-pulas, dan diperah-perah. Bergoyang-goyang... ubat bius dah hilang dah, dapat rasa kaki mama pula dikangkang, disumbat-sumbat.. diorg ni nak buat ayam golek sumbat ke apa?

mama cuba bertahan, mama dengar doktor tu cakap-cakap "The patient is suffering"... pastu, dia bagi lagi gas ...supaya mama ngantuk kot.. hmm..ntah laa.... sepatutnya mama sedar sepanjang pembedahan, tapi, masa yg tak sedar tu rasanya lagi panjang..ntah apa yg jadi pun tak tahu.

Lepas pembedahan, mama dimasukkan darah lagi 1 pain... pelik juga tgk org lain operate tak dak pun tiub yang macam mama ada...tiub tu terpasang kat hujung tempat operate, untuk salurkan darah keluar... lucu juga, sebab bila nak ke tandas, kena sangkut beg darah yg tersambung dengan tiub tu kat poket baju. Tiub tu akhirnya dibuka lepas 2 hari, pastu, meninggalkan lubang la..lubang tu dijahit tanpa bius pun. Hati kering sungguh jadi doktor, kan. Disebabkan dah banyak sangat sakitnya, kena jahit tu tak rasa apa pun.

Apapun, mama kagum dengan orang asli yang kat sebelah katil mama tu. Dia operate lewat dari mama, tapi dia bangun turun katil lagi awal dari mama, jalan macam orang tak beranak operate pun. Sepatutnya kena rehat dalam 6 jam baru boleh bangun. Alhamdulillah, mama pun dapat lalui macam orang lain juga. dpt baangun dan jalan-jalan tepi katil, kendong Ameena bagi susu. Ameena asyik lapaar je... sampai tok umi suruh bg susu botol..hihi...

Lepas 2 hari , kita semua dapat balik rumah dah. Syukur la dah selamat semuanya.
syukur sangat2 ameena tak kuning. Sebab kalau kuning, jenuh jugak mama nak turun naik kuarters kita yg empat tingkat ni. Nasib baik jugak le nurse acik shima yg suka potpet tu rajin dtg cek kt rumah ye. hihihi...

Hari ke 8 dah ni, Ameena nak kena cukur rambut dah... botak la ye sekejap... jap je..nnti tumbuh balik rambut tu kita buat tocang ye! buat  tocang macam kak maryam ye...

No comments:

Post a Comment