Friday, August 12, 2011

.: Aku kena bersyukur..

Orang kata, dalam pantang jangan banyak pikir..takut meroyan. ..kata MakcikNah tukang urut saya tu.
Tapi, buleh ke kita kawal otak kita jangan berpikir. Kalu taknak bagi berfikir, kena tiduuur aje la.

Masa dalam pantang ni,bak kata Jambu rajalawak... apa pun tak boleh. Nak sapu sampah tak leh. Saya pernah le menyapu, sikit je pun, depan katil je.. tapi kesan dia, nah sakit pinggang.. Tapi, nak buat cemana, bila berpantang sendirian, suka atiku la nak buat apa.

Mata takleh tengok kain bertimbun, rumah bersepah. Mula la tak ingat badan ni masih sakit.Pastu malam mula la sakit badan. Bila badan sakit, macam-macam la saya fikir..dari hal dunia sampai akhirat. Memang kita akan mudah sensitif bila tengah sakit. Kita mula rasa orang tak care kat kita. Kita mula menuduh dalam hati, suami kita tu asyik duk main dgn anak je..bukan nak care kat kita. Kita lupa dia dah masakkan kita bubur, basuhkan baju kita, jemurkan baju...tapi kita asyik duk ingat yang dia tak basuh cawan dalam sink, tak lipat kain dan tak kemas mainan anak-anak.

Pastu, bila kita sakit, kita akan marah kat suami tak tolong gosokkan kaki kita dgn minyak mestika, tak jenguk kita tido kesejukan, kita lupa dia panaskan tungku moden hulur kat kita, pakaikan kita stokin tu sebab kita payah nak membongkok. hhehehe....

memang gitu la kalu sakit. Yang orang tak buat tu la kita syik besar-besarkan dalam minda yg kecil ni.

memang betulla, baik tak payah nak pikir masa dalam pantang ni. Pikir pun, banyak yg halusinasi dari yang betul-betul kejadian.

Sempena ramadhan ni, baiklah kita banyakkan zikir... puasa pun tidak, semayang pun tidak... zikir laa...
Sesungguhnya dengan mengingati Allah (berzikir), hati menjadi tenang..... aaaahhhh......

1 comment:

  1. betul tu.. dlm duk kena ikat ni syaitan2 masih nk menghasut. biasa la pompuan tahap sensitif lu lebih skit dr biasa hehe

    ReplyDelete