Sunday, July 10, 2011

.: Saya mula cuti bersalin 90 hari

Walaupun tarikh jangka bersalin adalah lebih kurang 2 minggu lagi, saya telah mohon untuk bercuti lebih awal. Terima kasih banyak2 la pada kerajaan kerana bagi cuti 90 hari untuk kaum ibu ni, dapat la kami rehat lebih sikit.

Kalau dulu, cuti 60 hari, saya sanggup kerja sampai hari bersalin, untuk dapatkan 60 hari sepenuhnya berehat lepas bersalin. Tapi, nampaknya, untuk anak ke 3 ni, saya tak mampu bertahan sampai tarikh due tu.

Sekarang, saya mengalami kesukaran untuk berjalan. Saya tak pasti berapa berat baby sekarang. Tapi dari sejarah anak-anak terdahulu, Wafiy lahir 3.7kg, Maryam pula 3.8kg. Saya amat brharap baby kali ni tidak la makin besar, saya tak mau ada sebarang komplikasi masa bersalin nanti.

Walaupun Maryam lahir dengan cukup mudah dan sekejap saja, saya tidak dapat berjalan pada hari pertama selepas kelahiran Maryam. Mungkin disebabkan tulang-tulang terlari. Nasib baik lepas ejas-ejas sikit, dapat le jalan balik.

Skrg ni, saya dipapah oleh suami saya untuk ke mana-mana walaupun untuk ke tandas je. kalau suami saya tak ada, saya berpaut la kat dinding, katil, almari, mana2 yg sempat. Memang patut sangat la saya amik cuti awal. Kalu tak cuti, takkan nak minta kawan2 papah ke kelas/makmal pulak kan?? hehe...

Kerja terakhir saya sblum mula bercuti, ialah buat folio kenaikan pangkat. Wah...1st time rasa gila pangkat, sampai nak muntah aku duk belek folio tu. Ikutkan kudrat, tak kuaser nak mintak sekarang...tapi, kalu tak mintak, saper yg nak bagi awak naik gred mudah-mudah, ye tak? So, saya buat la semampunya. Terima kasih banyak-banyak ye En Norashady (yg semakin ramai peminat) kerana sudi bantu saya kumpul2 semua bahan-bahan ni. Nanti saya naik gred ni (kalau ada rezeki), saya belanja awak beli lense camera baru ye... Tapi, cuma buleh amik gambar saya je tau! heh heh heh....

Saya doakan agar, semua yang memohon untuk kenaikan pangkat ni ada la rezeki masing-masing ye, tak kira la bahan anda lompong ke, cukup ke. sebab saya yakin, ramai kawan-kawan yg bagus-bagus, tapi tak cukup bukti untuk menyatakan kebagusan mereka. Nasib baik la nak masuk syurga tak payah buat folio. Buat amalan seikhlasnye aje...

Folio saya dah siap seadanya, saya malas dah nak amik pusing apa org lain buat dgn folio diorg, yg wajib2 semua ada, sunat muakkkad pun ada sikit-sikit..yg sunat kecik2 tu tak kuaser dah mak! Tawakkal saja.... 

1 comment:

  1. wahhh bestnya dh start bercuti yer.. x sabar pula nk tunggu baby keluar hehe

    ReplyDelete