Sunday, July 10, 2011

.: Ops BERSIH!

Sepanjang saya nak bercuti ni, saya nak bersihkan apa yg patut..kasi clear gitu. Pertamanya, saya nak bersihkan wardrobe anak-anak. Yang mana baju-baju yang kecik dan tak muat tu, nak bungkus...

Pastu, nak bersihkan bilik tidur dari anasir-anasir yang menyesakkan, nak masuk baby baru ni, kena la lapaaaang gituh...

Pastu, nak bersihkan dapur, sebersihnya... sebab kalu dah bersalin, saya tak leh nak bersihkan dah... ni pun dan berminggu saya tak jenguk dapur. Terima kasih En Norashady kerana menjaga makan minum saya dan anak-anak.. sedap ayam masak kurma awak td... kentang goreng tu pun sedap, buh gapo??

Bila baca status facebook kawan-kawan, panas kisah BERSIH ni. Saya pun panas hati juga baca.
Saya godek-godek apa benda BERSIH ni?? Rupanya, nak pilihanraya bersih... selama ni pilihanraya kotor sangat ye? Pasal tu asik2 kerajaan sama je menang ye?

Mana diorg tahu bersih kotor pilihanraya ni? Amik data kat mana? Abis, apsal diorg tak gi pejabat SPR je? Nak jugak berdemonstrasi. Saya terpikir, buatnya ada org nak terberanak, dengan jalan tutup segala ni, cemana ek?

Kejam sangat ke kerajaan sekarang ni? Saya ni bukan pro mana-mana pihak. Dibawah kerajaan sekarang, tak ada org pun kena sekat gi masjid kan? Boleh beribadat je dengan bebas. Cuti bersalin dah dapat 90 hari pulak..Alhamdulillah... seronok mak! Barang asik naik harga? Dah nak buat cemana, memang begitu trend dunia. Cemana ekonomi nak maju kalu duk berdemonstrasi pun. Orang yg ajak demonstrasi tu tak pikir ke kesan jangka panjang pada rakyat-rakyat yang pegi demonstrasi tu. Kena tindakan tatatertib lah, kan payah pulak nak naik pangkat.

Yang penting, jgn la taksub sangat. kita kena selalu berdoa, Allah kekalkan keamanan di malaysia ni. Tak sanggup saya kalu kena darurat...saya tak nak anak-anak saya besar dalam keadaan kecoh mcm tu. nak buat amal ibadat pun payah, dak? Siapa juga yang jadi pemerintah/pemimpin di malaysia ni, kita sama-sama berdoa, pemimpin itu adalah orang yang beriman, takut pada Allah. Tak semesti nak kena berkopiah berjubah. Dan pemimpin tu tak semestinya yang pernah belajar kat pondok...sebab hidayah Allah ni boleh buat siapa sahaja berhijrah..dari sejahil tukil punya orang, pun buleh jadi waraq gituh.

jadi,OPS BERSIH saya ni bila nak mula? Saya terperangkap... dalam tubuh yang tidak berdaya...

1 comment:

  1. aku pun meluat la tgk diaorg2 semua ni sebok masing2 nk bertelagah. bkn nak fikir kesan2 kat anak2 akan dtg. bila dh gadoh mcm ni kuar berita paper bagai senang la nnt org luar nk jatuhkan msia. bkn senang nk merdeka bila dah aman damai mcm ni diaorg yg akai kt kepala lutut ni la nk jatuhkan masia. takut aku klu suatu hari nnt msia ni dh jd mcm negara2 lain.

    ReplyDelete