Sunday, July 17, 2011

.: "mama nak nasyik, maiyam lapaaa..."

Tu la ayat di satu petang yang hening... budak2 semua tak mau tido tengahari...
Haa..meruntun hati tak dgr? kalu nasik dah memang sedia ada kat dalam periuk, mudah je, ceduk dan bagi. Ni nasik belum gelegok lagi, baru je tanak. Nasik tengahari dah abis. Aduuuuiiii...rasa nak buat magic je biar nasik tu cepat masak.
"Maryam nak nasik? Makan biskut dulu nak?"
"maiyam nak makan ayam" pulok doh.. nasib baik babah masak lauk ayam hari ni.

Saya pelik dengan budak-budak ni. Ada hari kita bergadoh nak bagi dia makan. Tapi, time kita lambat masak, dia pulak buat ayat sedih ginih... huhu...

Tapi, bila ingat balik, bukannya seharian tak makan... mcm-mcm dah telan hari ni, calciyum, susu berbotol-botol, roti bakar, roti kosong, biskut, nasik pun ada la sesuap td, gaduh2 nak bagi makan. tadi tak nak pulak makan.

 MUngkin sebab banyak sangat aktiviti dia dgn abg wafiy hari ni. Saya membuta , babah dia pun membuta, habis satu rumah dia selenggara. Tu yang lapar tu agaknya.

Tapi, budak2 ni, kalu dia kata nak nasik, bagi la apa pun, nasik juga dia tunggu. Sabar ye nak.

No comments:

Post a Comment