Sunday, July 3, 2011

.: Less parenting is the best parenting?

Betoi ka ???
Jadi parents ni is a lifetime journey, and lifetime learning..sampai dah ada anak cucu pun kena sentiasa belajar, mcm mana nak jadi ibu bapa.

Allah jadikan sepasang ibu dan bapa tu saling melengkapi. (Tahniah untuk ibu/bapa tunggal yang berjaya melengkapkan diri sendiri untuk membesarkan anak-anak sehingga berjaya).

Biasanya, kita tengok, sama ada ibu atau si ayah akan menjadi lebih over parenting, dan yang sorang lagi akan jadi cooool sesangat... rileeeeeex saja.

Contohnya, kalu si ibu yang jenis tak boleh tengok anak memanjat sikit, tak boleh tengok si anak main air, mesti nak pegang saja anak tu 24 jam, kalu buleh nak anak tu depan mata saja setiap saat, kita akan dapati si bapak pula cool saja. Anak terkial-kial nak terjatuh pun dia boleh rilex lagi, sambil sempat berkata.."Haa..panjat la lagi.... best kan jatuh?"

Masa saya ada satu-satunya Wafiy dulu, belum ada Maryam, saya rasa saya overprotective. Ini berikutan si Wafiy tu masa baby pernah bronchitis, dan alah pada byk benda. Saya selalu perhatikan apa yg dia pegang, atas apa dia baring, apa yg dia masuk dalam mulut, ke mana dia nak main, sebab saya tak nak dia kena sakit. Sehinggalah dia makin besar, dan serangan batuk dan athma sudah hampir tiada, baru saya rasa lega. Masa saya overprotective dulu, babahnya wafiy pernah kata, saya macam tak percaya pada kemampuan anak sendiri... Hmm... saya bukan tak percaya, saya tak nak ambik risiko. Saya tahu, mana-mana budak normal pasti akan mampu memanjat, mampu berlari, mampu buat apa saja yg kawan-kawan sebaya dia mampu buat..cuma bila anak kita ni ada sensitif pada sesuatu alahan, perlu la kita ni ambik berat sikit..ye dak? Hasilnya, wafiy membesar jadi budak yg berhati-hati pada setiap langkahnya...heh heh heh...

Bila saya mula ada Maryam, saya mula mengamalkan less parenting (tp saya rasa tetap over berbanding babahnya). Wafiy pun dah makin berdikari dan sihat, Maryam pula aktif. Saya rasa tak mampu nak kejar dia 24 jam. Jadi, saya mula terikut-ikut style babahnya. Saya mula memberanikan diri melihat Maryam terjun dari atas sofa, saya juga memberanikan diri tengok Maryam memanjat ke atas meja makan dan bawa turun gelas kaca, sambil saya tutup mata separuh... Saya juga mula berani tengok dari jauh aje Maryam mandi sendiri di tandas... dan tengok dia panjat tangga... susahnya saya nak buat semua tu! Bila di taman permainan awam, saya biarkan saja jantung saya yang berdebar-debar (sebab tak larat nak kejar dengan perut yg besar ni) melihat maryam main gelongsor, lebih-lebih lagi gelongsor yg bulat macam terowong tu... bila dia masuk, jantung saya macam terhenti, sampai la saya nampak dia muncul tersengih dari hujung terowong bawah sana...huhhh..legaaa..... Masa tu saya sempat geram yg amat dengan babah dia, kenapa la bagi anak terjun gelongsor tu..buatnya dia tergolek-golek kat dalam tu?? Haduuu..kadang-kadang, saya tanya diri sendiri, aku ni ada sakit jiwa ke apa?

Masa kat tasik shah alam, saya rehat atas kerusi..membiarkan anak-anak mengekor babahnya. Mula-mula saya tak fikir apa pun, saya rasa selamat untuk saya rehat-rehat atas kerusi batu bawah pokok, membiarkan anak-anak dengan babah. Lagipun, kelajuan berjalan saya sekarang yang sangat perlahan sekarang hanya akan melambatkan semua orang saja kalau saya ikut.

babah sibuk dengan DSLR cameranya , mengeshoot pemandangan di tasik yg cantek tu. Saya mula menyesal tak ikut dan rasa ingin bertempik saja bila nampak maryam panjat pagar sekeliling tasik tu..babahnya bukan nak tengok anak... sibuk duk shoot tasik... masa tu, terkumat kamit saya berdoa..nak kejar memang tak menyempat dah. Sempat membayangkan macam mana la kalu tergolek dalam tasik tu???  Saya juga sempat fikir back up, saya akan melaung ke arah seorang mamat yang sedang bertenggek kat pokok belakang saya untuk gi selamatkan anak saya. Akhirnya, berkat doa saya, babah menjeling juga tengok anak yg duduk bergayut di pagar... tp.... rilex je dia, masih mampu pegang camera dgn kool...pastu alhamdulillah, maryam turun..dan berlari ke arah saya. Tobat doh lepas ni jgn harap saya bagi dia gi tepi tasik tu lagi!

Saya rasa, bila kita nak mengamalkan less parenting, kita nak kena ada rasa keyakinan yang tinggi pada anak kita, dan juga pada Allah s.w.t. Kita mesti yakin, walau kita kawal anak kita 24 jam pun, andai kata nak jadi apa-apa, akan tetap jadi. Tapi, kalau dah Allah nak jaga dia, kita tawakkal je, insya allah selamat..buleh gitu? Yang penting, kita kena selalu doakan la anak kita ni bawah lindungan Allah selalu.

Maka, sepagi tadi, saya telah berserah dan bertawakkal pada Allah, agar anak-anak dilindungi selalu, dan saya telah membuta dari pagi sampai tengahari, sebab saya rasa kurang sihat dan lesu sekali. Suami pun siap tolong kuncikan bilik tidur agar anak-anak tak kacau saya rehat. Maka, saya tidur dengan aman...

Bila saya bangun, waah..ceria anak-anak.... maryam dengan rambut tak bersikat, mulut comot makan spageti yg babah masak,  basah seluar main air....si wafiy baru nak mandi...waaah....seronoknya mereka....

Bila nak tgk TV, tgk decoder astro, penuh duit syiling kat bahagian slot kad astro tu, dgn kad asto ntah ke mana, mainan serata alam bersepah...dgn tuala tak bersidai, terjelepuk atas lantai.... hmm... nampak sangat babah dia tak perhatikan budak-budak main kat living hall ni. Nasib baik jumpa balik kad tu bawah meja makan..dapat la babah tgk berita tengahari. dan saya... bersyukur sangat duit syiling tu masuk dalam decoder astro, bukan masuk dalam mulut Maryam.

No comments:

Post a Comment