Friday, July 8, 2011

.: Itu suami saya...pleazzzz

Tahap kecemburuan adalah berbeza antara setiap individu.
Saya rasa saya dilahirkan dengan tahap kecemburuan yang agak tinggi.. ada beberapa petunjuk yang membuatkan saya rasa begitu. Biarlah rahsia...

Namun, walaupun saya mempunyai tahap kecemburuan yang tinggi, tidaklah bermaksud saya cepat melenting dan mengongkong pergerakan suami saya.

Tahap kecemburuan saya adalah seiring dengan tahap kepercayaan saya terhadap suami. Setakat ini, saya yakin dan percaya bahawa suami saya tidak ada affair dengan perempuan lain, sebab saya tahu, suami saya jenis takut tuhan, bukan takut bini. Dan saya tidak pernah harap suami saya takut kat saya, sebab saya bukanlah seorang yang menakutkan.

Akan tetapi! Ye, akan tetapi, saya rasa sungguh menyampah dan kalu buleh rasa nak duku, sekeh dan tarik tudung (atau rambut kalu dia free hair) mana-mana perempuan yang membuat cubaan untuk bermanja-manjaan , apatah lagi nak berapat-rapatan dengan suami saya. Jangan nak buat alasan kunun nak tanya bab ugama, atau bab melancong ke Sabah ye...sebab dalam dunia ni, dah ada satu benda bernama Google. Maka, sila la google sendiri ko nak tahu apa...jgn nak menggedik! Alang-alang menggoogle, sila google bab batas-batas pergaulan sekali.

Sila la jaga etika masing-masing ye. kalu nak cakap antara lelaki-perempuan bukan mahram, jangan nak tunjuk muka gedik-gedik, nada suara mannja-manja ye...lebih-lebih lagi dengan suami saya.
aku debik jugak budak tuh..dush!dush!

2 comments:

  1. Hahahahaha..... I LIKEEEEE!!!!!... Kelas ko Farah!

    ReplyDelete
  2. Uiksss.. Pn Farah sudah marah tu. Siapa la yg nk menggedik dgn husb u yer hehehe

    ReplyDelete