Monday, July 18, 2011

.: Ibu bapa harus bersatu!

haa...jgn main-main..hari ni, mak nak menyeru semua ibu bapak di dunia ini, untuk bersatu padu dalam mendidik anak-anak kita, bukan hanya akademik, tapi jiwa mereka, agar menjadi insan kamil, yg merdeka jiwa, merdeka mental dan of course fizikal.

ada satu senjata, yg jarang disedari oleh para ibu bapa, dan mungkin tidak digunakan dengan sebaiknya, iaitulah dia yg dianamakn DOA.

dalam sehari, paling kurang pun kita solat sebanyak 5 kali. Dan setiap kali solat, lepas solat tu paling tidak kita berdoa juga barang 2-3 baris permintaan. Saya yakin, yg ada anak-anak tu, mesti akan terselit doa untuk anak-anak mereka berjaya dunia akhirat, dilindungi kesihatan dan keselamatan mereka, pergaulan mereka dan sebagainya. Mungkin ada yg lebih detail, berdoa agar anak mereka dapat kerja elok2 bila besar, kawin dgn org baik2... doa kita, ikut kita la kan?

Tapi, ada tak anda turut mendoakan anak-anak sedara anda, anak-anak jiran, anak-anak kawan anda sekali??? Jika ya, alangkah indahnya dunia ini...masing-masing pakat doa utk semua anak-anak dalam dunia ni, maka, semua anak-anak dalam dunia ni semuanya didoakan, dan mana tahu, dalam byk2 doa kawan2 kita, ada yg lebih dimakbulkan , walaupun hakikatnya, doa ibu adalah yg paling mustajab.

Kenapa saya menekankan soal mendoakan anak, dan kawan2 anak ni? Sebab, pada zaman sekarang, zaman facebook, zaman tiada sempadan ni, kita tak dapat menyekat dan mengawal 100% aktiviti anak-anak kita. Dan kita sedia maklum, betapa besarnya pengaruh rakan-rakan pada diri seseorg. Kita tengok diri kita sendiri pun cukup. Kita sendiri pun ada kawan rapat, kawan tak berapa rapat, dan kawan yg suam-suam kuku. Walaupun hanya kawan suam-suam kuku, kadang-kadang, terikut juga sedikit sebanyak cara kawan kita tu berpakaian, atau cara dia belajar, atau cara dia kerja. Sebab kita ada banyak deria yg sentiasa peka pada sekeliling kita. kalau kita bernasib baik, Allah letakkan kita di kalangan orang-orang yg baik akhlak, lalu kita pun terikut jadi baik. kalau sebaliknya?? Harap2 jati diri kita kuat je lah, kan?

maka, penting untuk kita sentiasa berdoa, agar bukan saja anak kita, malah anak-anak jiran kita, anak-anak org kampung sebelah kita, dan semua anak-anak lain, agar mereka semua dilindungi Allah, berakhlak mulia, sebab di masa akan datang, mana tahu anak-anak ini lah yg akan jadi teman anak kita, bestfren dia esok-esok.

No comments:

Post a Comment