Thursday, July 14, 2011

.: Fahami tugas sendiri, dan tugas rakan yg lain

Apabila bekerja dalam satu organisasi, nak tak nak kita mesti lah mempunyai sikap-sikap yang positif yang boleh membantu organisasi kita untuk terus maju.

Kita tak boleh tumpu dan taksub pada part kita je, tanpa memikirkan part org lain, sebab part kita dengan part org lain mesti saling berkait antara satu sama lain.

Sebagai contoh, dalam organisasi, mungkin kita dilantik untuk jadi penyelaras sesuatu unit. Bila kita menyelaras satu-satu unit tu, kita kena amik kira juga impak dan kaitan unit kita tu dgn unit org lain juga. masa tu la peranan teamwork sangat penting. sebab tu banyak organisasi menganjurkan kursus teambuilding pada kakitangannya.

Pada awal semester macam skrg, unit yang sgt kritikal saya tengok ialah unit jadual waktu , yg mana penyelaras unit ni akan tak habis-habis mintak maaf setiap kali mengoutlook/mengemelkan jadual-jadual waktu pensyarah, kerana risau sangat pensyarah tak puas hati dgn jadual diorg. Memang ye, susah nak puaskan hati semua. Tapi, yg tak puas hati tu apa masaelahnyer?? Gaji nak kan? Kalau semua org nak keje senang je, nak ajar sikit je, nak byk masa free, sila la buka kolej sendiri. Saya percaya, walaupun tugas-tugas anda diatur oleh tangan-tangan manusia, sebenarnya pada hakikatnya, Allah jua yg mengatur segalanya. Ikhlaskan lah niat anda tu. Kalau skrg anda dibebani tugas yg lebih berbanding rakan yg lain, akan ada masanya anda akan diam membisu bila tgk org lain lagi besar bebanannya. kalu anda tetap rasa bebannya masih terover, anggaplah tu nak tebus balik masa-masa anda gi menge'teh', mengopi, menyembang...dan sewaktu dengannya.

kadang-kadang lucu juga bila dgr ada pensyarah(lelaki) yg tak puas hati kelas dia byk lelaki, dia nak ngajar pompuan je. Ada jugak yg tak puas hati jadual dia tak sama dgn jadual bini/laki dia. Dah dpt ngajar tempat yg sama pun kira bagus dah. Pada saya, kalu nak tak puas hati pun, kita buleh tak puas hati kalu kita ni bidang komputer, nak kena ngajar repair barang letrik. MQA pun tak bagi pensyarah ngajar bukan bidang dia, kan? Ha, yg tu buleh la nak dipertikaikan. Mati kutu juga kita kalu disuruh ngajar benda yg kita tak tau kan? Silap-silap, student lagi pandai dari kita.

pada saya, tak salah kalau kita nak keje kita senang, asalkan jgn menyusahkan org lain.

No comments:

Post a Comment