Saturday, July 16, 2011

.: Bila agaknya Tg Malim nak berubah rupa?

Sejak saya pindah ke Tg Malim, malam-malam saya sungguh sepi. Masa di Kota Kinabalu dulu, kalau ada lebihan tenaga, selamba je keluar dengan anak-anak dan suami jalan-jalan ke 1Borneo..lepak di taman permainan kanak-kanak yg bayar RM5 sekali masuk tu..ke berapa ringgit dah? Tak kisah la berapa, yg penting, ada la tempat anak-anak beriadah sambil mak dgn bapak ni mencuci mata. Dengan hanya jarak tak sampai 10 minit je dari rumah, memang rasa santai sgt dapat gi jalan-jalan ke 1Borneo Hypermall. Kalu rajin sikit, teruskan perjalanan lagi 20 minit dah sampai pusat bandar Kota Kinabalu.

Kat sana, macam-macam ada. Kedai mainan berlambak-lambak, mainan yg berkualiti, tak kurang juga yg kedai dua ringgit. banyak pilihan. Wafiy paling seronok kalu gi Toys R Us di 1Borneo tu, walaupun akhirnya tak beli apa-apa..heh heh heh...

Kedai pakaian kanak-kanak yg jual baju2 berkualiti dan branded pun punya lah berlambak-lambak. Harga pun tak lah mahal mana pun, setanding kualiti. yang penting, senang dapat, banyak pilihan, dekat je nak pegi beli.

Di Tg malim ni, tak pernah lagi saya membeli baju untuk anak-anak. kalau nak membeli,terpaksa ke KL, atau bandar Ipoh, yg mana letaknya dalam 1 jam lebih..dekat 2 jam juga laa...

Dalam keadaan sarat macam ni, anak 2 pulak, hmm..tak kuasa rasanya nak ke KL semata-mata nak cari baju. Tapi, kalau tak pergi, memang saya tak beli la baju kat budak-budak ni.
Begitu juga dgn permainan. Bukan saya tak nak beli, saya memang ada beli mainan yg kt TF Mart tu... tapi, bila pakai sekali dua, ada la yg tak kena. Material dia mmg tak best. kalau yg kita beli kat kedai branded sikit, tahan la jugak untuk diwariskan pada adik-adik dia nanti.. so, lagi ekonomi sebenarnya mainan yg agak mahal ni. biasanya, mainan murahan ni, cukup masa, saya akan kumpul serpihan-serpihannya, dan buang. so, lagi membazir kan?

makanya, saya berharap, dalam masa 2-3 tahun ni, tg malim ni bertukar la rupa hendaknya. kalu ada nak naik tesco ke, jusco ke, best la sikit...
tak ada ke pemaju nak majukan tg malim ni???? UPSI ada, politeknik ada, proton city ada... sekurang-kurangnya, ada la satu hypermall...

No comments:

Post a Comment