Monday, July 25, 2011

.: Belum lagi...

Saya masih setia menanti...
Yang paling penting, 'dia' tiba dengan selamat sihat walafiat hendaknya, dan saya juga selamaaaaaat....

Hari ni dah hari ke 3 overdue. Suami saya sudah beriya-iya nak bawa ke klinik, cek apa yang patut. Masalahnya, apa yang nak dicek bang oii..sakit takde, tanda apa pun tak de. Lagipun, doctor usually allows 7 to 10 days overdue, baru lah mereka akan mengapa-apakan saya... huhu..sungguh seram.

Suami saya kata, dia dulu dilahirkan selepas 12 bulan dikandung oleh arwah ibunya. Huh... kalaulah saya terpaksa tunggu sampai 12 bulan juga, agaknya kalau anak saya ni lelaki, keluar terus berjanggut macam babahnya..hih hih hih.

Jadi, saya sedikit lega, kerana akhirnya esok umi saya dan keluarga akan sampai. Hmm..firasat umi saya memang benar..saya akan beranak lambat lagi kali ni. Walaupun jadual umi saya mengalahkan jadual isteri PM, saya tetap lega hanya untuk mengetahui mereka akan datang. Umi saya sebenarnya banyak urusan... ye lah..5 anak, 5 lah urusannya. Urusan beranak saya ni hanyalah salah satu dari urusan-urusan yang umi saya nak kena setelkan dalam minggu yang sungguh genting ini.

Semoga semuanya selamat lah Ya Allah.

1 comment:

  1. Su dah selamat dengan heronya.. Kami kt sini doakan semoga semuanya selamat nanti dan nasya dpt adik lelaki pula hehe

    ReplyDelete