Sunday, June 19, 2011

.: Waaah..hari bapa rupanya...

Bulan 6 ni banyak benar kejadian sambut-sambutan yer..ingatkan bulan anniversary mak aje.So, bila godek2 facebook, banyak benor org duk update selamat hari bapa. Ini tak boleh jadi.

Saya nak ucapkan selamat hari bapa untuk walid saya yang masih segak bergaya, yg paling penting, masih sihat walafiat, dikurniakan kesihatan dan kekuatan yg luarbiasa walau ramai yang mengasak, ramai yang cuba menjatuhkan. Alhamdulillah, benarlah, tidak akan ada apa musibah yang dapat menimpa kita kecuali telah tertulis begitulah yang Allah kehendaki. Saya doakan semoga ayah-ayah para pembaca juga sihat-sihat selalu.

Untuk tidak menjeleskan ummy saya, saya juga mendoakan ummy saya sentiasa vogue dan sihat walafiat walau telah bergelar nenek. Masa dah bergelar nenek ni la sgt penting utk vogue selalu..hehhe.. Saya juga amat bersyukur, ummy saya walaupun selalu sakit urat, tp dikurniakan kekuatan untuk beramal ibadat selalu dan mendekatkan diri pada Allah selalu. kalau telefon ummy saya, saya pasti akan ditazkirahkan beliau sehingga panas telinga saya oleh henpon nokia saya tu...hehehe....

Saya juga ucapkan selamat hari bapa kepada semua yg bergelar bapa ye....

Kepada suami saya, anda juga bapa, walau anak-anak panggil babah..:p
Babah memang best! babah pandai masak..yeah yeah.... babah nyanyi suara sedap. babah pandai layan budak-budak.... senang untuk mak berehat-rehat. kalau mama kena gi kursus sebulan pun, babah buleh jaga Wafiy dgn maryam dgn jayanya. Semoga babah terus dikurniakan kesihatan dan kekuatan selalu melayan kerenah bini dan anak-anak ye..jgn serik ye, bah!

Bersyukur sangat sebab babah takdak hobi pelik-pelik. kalu la babah gila pancing ke, gila panjat gunung ke, gila berkonvoi ke, gila outstesen ke, gila lepak kedai kopi ke, haru mak ni! Pernah sekali dulu babah menolak panggilan kursus wajib untuk kenaikan pangkat, semata-mata tak sanggup nak tinggalkan mak ni. Hehe..alhamdulillah, dah naik pangkat juga pun. kalu dah rezeki tak ke mana... berkat sayang bini. jadi, sayangi lah bini anda ye! Jgn biar dia merajuk lama-lama. Kalau terpaksa kopak beli hadiah pun tak pe..hehehe. Asalkan berguna untuk anda berdua.

No comments:

Post a Comment