Friday, June 10, 2011

.: Perkahwinan yang bahgie?

Jika kita baca tulisan org putih tentang perkahwinan, mereka ni tulis memang ikut fakta dan logik akal mereka semata-mata..kecuali org putih tu Islam.

Orang putih ni suka buat teori, perkahwinan dan kebahgiaan berkadar langsung dengan kepuasan hati pasangan masing-masing terhadap pasangannya. Ada juga terselit, kebahagiaan akan makin pudar bila keboringan terhadap pasangan mula menguasai.

Pendapat orang putih juga mengatakan, kegagalan sebuah perkahwinan tu juga mungkin berpunca bila kita terlalu meletakkan harapan yang tinggi dalam sesebuh ikatan itu, yang mana bila tak tercapai, maka diklasifikasikan sebagai gagal lah ia...

Kalu kita berbalik semula pada pandangan ajaran Islam, kenapa kita berkahwin? Sebelum saya nak tulis panjang, suka untuk saya ingatkan para pembaca, saya ni bukan ustazah ye. Salah satu sebab kita kahwin, adalah untuk menghalalkan pergaulan antara suami dan isteri, untuk melahirkan zuriat, untuk menggandakan pahala amal ibadat kita jugak. Sila la rujuk kembali manual kursus pra-perkahwinan masing-masing, atau belek la buku-buku ugama bab nikah kawin ye.

Memang, kalu kita nak boring dengan pasangan kita, senang je. Banyak alasan boleh dicari.
"Abang, saya boring la dgn abang..hari-hari abang bawak kereta pegang stereng dgn tangan, cuba la hari ni bawak keter pegang stereng pakai kaki ke???"
"Abang, asyik-asyik pakai baju pagoda kain pelekat... cuba abang tukar imej pulak, pakai seluar yankee pulak!"
"Abang, hari-hari saya bau ketiak abang macam ni, cuba abang pakai Ridsect pulak...."
"Asal balik keje je, bukak TV....asal balik keje je, melepak atas kusi... cuba kalu balik keje tu cat rumah ke, sental longkang ke...ada jugak pekdah (pada saya).."

Ada juga pasangan yang menyedari, mereka telah tersilap membuat keputusan (untuk berkahwin) setelah 2 minggu majlis gilang-gemilang itu berlangsung.

Kalu kita goyah dalam beragama, kebarangkalian untuk kita goyah dalam perkahwinan juga agak tinggi. Sebab, bila kita mula rasa nak boring dgn pasangan kita, kita ingat balik apa yg ugama ajar...betapa besarnya pahala isteri bersabar dgn suaminye, maka kita akan redha..(sabar aje lah!).

Apabila kita mula berfikir kita tersilap memilih pasangan, kita kena ingat balik, ini semua berlaku kerana Allah yang inginkan ia berlaku. Maka, nak tak nak,perbaikilah mana yg kita rasa tersilap. kalu kita rasa tersilap memilih suami, suami kita tu cerewet sangat, makan nak berhidang, cawan wajib berlapik, sedangkan kita jenis yang asal ada aje, maka , samada kita kena jadi yg lebih baik dalam nak menghidang untuk laki tu (macam tak ada tangan sendiri pulak laki dia ni..), ataupun, kita latih laki yg jenis gitu, sila la jangan nak cerewet sangat. Eh, Putera William tu cerewet tak agak-agak??? Tapi dia banyak dayang... Kate tu patutnya rasa bertuah dah tu....

Orang putih ni kalu kita tengok, bila ada anak, mereka ni cuba menjadi ibu bapak yg sempurna, dan kadang-kadang terlupa untuk menjadi pasangan yg sempurna juga. Orang melayu pun ada juga begitu. Bila dah ada anak, semuanya anaaaaak je dia pikir. Kena seimbang la ye. Memang le anak kita tu tak pandai nak masak, nak makan, mandi sendiri, sedangkan pasangan kita tu, kalu dia tak cacat, buleh aje buat sendiri. Tapi, bukan kah berbeza antara makan sendiri dengan makan disuap? hehehe.... (terime kasih ye bang.... lenkali suap le lagi....)

Sempena bulan ni, bulan anniversary saya, saya nak ucapkan selamat berbahgia untuk semua yang sudah berkahwin. Semoga anda berbahgia dgn pasangan masing-masing. Sabar dan syukur adalah kunci pada ketenangan hati. Walaupun anda tak mendapat suami sehandsome hans isaac, sekurang-kurangnya, suami anda mungkin ada iras-iras Edika Yusuf (sendiri mengaku pun jadi lah). Syukur lah juga ada rupa. Walaupun suami anda asyik nak berkarya sampai lupa nak tolong kemas rumah, sabar je lah nyah...sekurang-kurangnya, dia tak berpoya-poya dengan artis-artis yang baru nak naik, atau pensyarah-pensyarah muda yg tengah training, yg slim-slim kurus keding lagi tuuu.....

Kepada yg belum berumahtangga, jgn mencari kesempurnaan, carilah keredhaanNya. (hehehe....)

1 comment:

  1. betul tu.. klu nak mencari kesempurnaan mmg goyah la sebuah perkahwinan. nasib baik kita dilahirkan sbg umat nabi muhammad dpt berfikir panjang dan waras. sepanjang 5 thn melayari bahtera perkahwinan mmg byk benda nak kena belajar tak ble nak ikut hati dan nafsu semata2.

    ReplyDelete