Sunday, June 19, 2011

.: perihal Facebook

Nak komen kat blog http://gornamarima.blogspot.com tak buleh pulak. Alih-alih buat entry pasal ni jugak le.

Pernah tak anda diadd oleh orang yang tak dikenali, dan dia menyapa anda dan buat-buat mesra pulak?? Saya sebenarnya mempunyai masalah dalam mengingat orang-orang, lebih-lebih lagi kalu jumpa setakat sekali dua, atau kenal masa kursus ke...kecuali dia memberi impak yg signifikan dalam memory saya.

Jadi, masalah bermula apabila saya mengapprovekan permintaan menjadi sahabat oleh org-org yg saya pun tak kenal siapa. kenapa saya accept ye? Ntah la, main klik-klik aje.

Seingat saya, buleh dikira dgn jari sebelah tgn aje berapa kali saya add org dalam list FB saya. Saya memang tak mencari kawan laa..sebab saya berFB secara tidak serius..hehe. Saya hanya berFB secara serius dgn org2 yg rapat sahaja..berFB untuk bergosip dan bersuka ria sahaja. Saya juga jarang update status, apatah lagi gambar-gambar. Nasib baik suami sy rajin jg nak upload gambar, buleh la saya mengetag diri saya sendiri.. hihi.

Berbalik pada kisah org yg add saya, pastu menyapa saya dgn mesra tu tadi, ada la 3-4 org yg buat macam tu pada saya. Pening saya cuba mengingat, bila dan dimana saya kenal dia. Bila tgk profile, seolah-olah memang tidak terdapat korelasi langsung antara saya dan dia. Bosan jugak melayan org gini. kalau lelaki, dah lama saya pangkah, dan delete terus. Tapi, ni perempuan, so, lantak le dia. kalu rajin, saya jawab je. Cuma, yg menjada persoalan kajian di sini ialah, apa motif dia duk mesra-mesraan dgn saya tu? Hipotesis awal saya menyatakan bahawa, dia cuma nak isi masa lapang... tp lama kelamaan saya mula rasa macam dia ni perisik. lantak ler, yg penting, saya tak terlibat dgn mana-mana pertubuhan ..Al-Arqam ke, Global Ikhwan ke, apatah lagi Kelab Isteri Taat.... awww!!

Saya juga tak suka org yg tag saya sesuka hati, (lebih-lebih lagi bila dia seorang usahawan pakaian dalam wanita),sbb bila dia tag nama saya pada salah satu gambar yg tak senonoh tu, imej saya yg muslimah ni (hihihi) agak sedikit tercalar. Tolong laaaa...

satu lagi fakta mengenai facebook dan saya, jarang sekali saya mengexplore akaun Facebook saya sendiri. Saya tak perasan pun siapa dalam list friends saya. Tapi, saya sgt suka membaca update peristiwa kawan-kawan saya, contohnya, aktiviti-aktiviti dan perkembangan keluarga mereka. kalu menyentuh hati saya, saya akan komen... kalu saya tak tersentuh, maka..NEXT!

Biasanya, saya akan skip status-status mesej antara suami isteri yg berromantika di facebook, seperti
"bang...saya ngidam nak makan telur penyu dari pulau perhentian.."lalu dijawab oleh suaminya "demi mu sayangku, abang tempah tiket flight sekarang juga.... I LOVE U SO VERY THE MUCH IN THE WORLD....!"... "thanx abang ku sayang..u are the perfect husband in the world...!"
atau status pergaduhan laki bini..yang mana kalu kita sembrono aje komen, buleh mengakibatkan perceraian!??? baik jgn masuk campur ye hal gaduh laki bini ni ye...hanya diorg memahami permasalahan kajian mereka. hehehe.... paling-paling pun kalu gatai sgt nak komen, komen le "Nyah..bawak bersabor... gaduh dalam bilik nuuuun jauh-jauh...bawak beristighfar...." hehe.

Saya juga jarang memuji anak kawan-kawan yg ditempek dlm fb, kecuali yg saya selalu jumpa, dan selalu dukung-dukung. Sebab kalu kita hanya tgk gambar, kita takleh rasa feel si ibu yg cuba menayangkan kelebihan yg ada pada anak-anak mereka. Setiap anak tu pasti ada kelebihan masing-masing, hanya ketara dilihat bila kita sentiasa lihat live. So, kalu setakat jumpa sekali dua, kita pun tak tau nk komen apa kan? hihi.. paling-paling, boleh la kita komen, "eh anak u ni comel...." ye la...ada ke budak tak comel? Tapi, kalau kita dahbada macam pertalian gituh dgn anak kawan kita tu, komen kita mungkin akan berbunyi "eh, anak u makin tembam la... i geram sgt dgn anak u ni..." ... "bila la nak jumpa lagi dgn buah hati aunty ni ye..."..ehehehe....

saya nak buat entry lain pulak ni. byk entry tertangguh. stop dulu pasal facebook ni.

No comments:

Post a Comment