Sunday, June 26, 2011

.: Maryam Raeesa genap 2 tahun

Alhamdulillah, segala pujian dan syukur dipanjatkan kepada Yang Maha Esa, Maha Kaya dgn rahmat... Maryam kini sudah berusia 2 tahun.

Baru 2 tahun, tapi selalu disalahlihat oleh orang sebagai dah 3 tahun... pelik..sebab Maryam mama ni kecik aje orangnya. Macam mama. Mungkin sebab Maryam nampak lebih matang, dan banyak cakapnya..(cakap pula style org tua..hih hih hih)

Di usia 2 tahun ni, mama amat bersyukur, kerana Allah sentiasa melindungi Maryam dari segala musibah dan kecelakaan besar... semoga Allah sentiasa melindungimu, nak! Semoga Allah terus limpahkan rahmatNya keatas anak mama, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik, membesar dengan penuh ceria, cerdik dan pintar. Yang paling utama, menjadi anak yang solehah, beriman dan bertakwa kepada Allah.

Sekarang ni, tutur kata Maryam belum lagi fasih sepenuhnya.Tapi Mama, babah dan abg Wafiy faham setiap perkataan yang maryam sampaikan..sudah terbiasa dengan semua vocab maryam yg semakin bertambah.

Maryam lebih awal berdikari berbanding abang wafiy yang agak manja. Bagus. Tapi, geram juga kadang-kadang... contohnya, maryam suka sgt mandi, main air. Apa lagi semenjak dah pandai buka baju, seluar dan pampers sendiri, lagi lah sesuka hati maryam buat jadual mandi. Tahu-tahu dah depan bilik mandi dengan tuala. Dah habis mandi, pandai pula lap-lap badan, dan sidai tuala di tempatnya. Pampers pun nak dipakai sendiri..tp mana boleh dibiarkan, alamat senget la nanti dipakai, dan terbocor pulok! Dan dgn gaya mcm kakak (nak jadi kakak pun) dia bebel-bebel nak pakai baju dan seluar sendiri. pakai seluar dah lulus dah, dah pandai dah lepaskan bahagian punggung yang selalu tersangkut di pampers tu. Baju je yg masih mengharapkan nasib. kadang betul, kadang2 tangan tu terkeluar kat lubang leher baju..hehehe... Tiba-tiba terfikir pulak, anak mama ni mcm ni ke kat taska..semua diajar buat sendiri?? huhuhu..sian anak mama...tp , asalkan anak mama suka,tak pa la.

Untuk birthday Maryam ni, mama buatkan kek cheese... mmg special punya lah. Selalunya mama tempah dari jiran lama, mama si nasya tu. Sekarang ni, sbb dah tak berjiran dgn tokey kek, mama gagahkan diri utk buat kek. Dan kek ni pula , resipinya mama cipta sendiri...(nasib baik menjadi kek juga..tak jadi batu...heh heh ehh)....

Hujung-hujung minggu macam ni, mama suka biarkan Maryam dan Wafiy bangun lambat...sekejap lagi dalam jam 9 bangun le tuu... kesian, hari-hari kena bangun jam 7, sebab nak ke taska. Taska, tempat Maryam dibentuk untuk berdikari sejak di awal usia 2 bulan lagi. Sebab tu dapat peluang berhujung minggu, kadangkala maryam sgt demanding...

Semalam, maryam kena marah dgn mama, sbb merajuk dan baling botol susu sampai tumpah atas lantai. Tapi, mama cair juga dgn pujukan maryam...dtg minta maaf...sambil tersengih-sengih bersalah. Paham pun.... itu la kekdahnya kalu ada anak... emosi kita ni naik turun..sekejap marah, sekejap cair... kalu dpn mata tu rasa gerammnya dgn kerenah dia..tp kalu takdak dpn mata ni..rindunyaaaaa....

Selamat Hari Lahir ye Maryam Raeesa... jgn nakal-nakal le nak oiii..tak larat mama ni nakkk!!

3 comments:

  1. Happy Besday buat Maryam Raessa yang comel yer :)

    ReplyDelete
  2. happy birthday maryam.. semoga menjadi anak yg taat seperti yg mama dan babah harapkan. amin.

    ReplyDelete
  3. happy besday buat maryam..smoga jadi anak yg solehah..

    ReplyDelete