Monday, June 13, 2011

.: Kesian Daud Su

Saya tak minat bola..sungguh. Saya tak kenal pun siapa pemain bola sepak kelate. Saya paling boring tgk skrin TV hijaaaaauuuu aje.... tapi, disebabkan suami saya peminat suam-suam kuku bola, lebih-lebih lagi yg masuk final Piala FA tu pasukan negerinya sendiri (dan juga negeri saya), maka, saya pun tumpang sekaki, walaupn sambil2 melelapkan mata di atas kerusi cleopatra (sambil buat gaya Cleoptara makan anggur).Saya rasa, kalu dgr suara pengulas bola sepak tu pun saya dah buleh imagine macam mana bola sepak tu ditendang.

Bila kelantan menjaringkan gol pertama, saya seronok. Seronok bila tgk suami saya melompat (sambil memakai jersi bola kelantan, dan seluar khakis beliau) dan menjerit GOOOOLLL.... Saya tumpang menjeling aksi ulangan tersebut. Dalam hati berbisik ,"waa..bagusss.... malam ni ada org akan tidur dgn mood ceria". Saya makin tak sabar menantikan perlawanan itu habis, dengan keputusan kelantan menang 1-0.

Pastu tiba-tiba saya dengar suami saya mengeluh, "ish baling mercun...". Saya mula menyumpah dalam hati. Siapa la yang suka suki baling mercun tu agaknya? Sultan Kelantan ada, Tok Guru ada, tak hormat langsung. Memalukan rakyat kelantan seantero dunia aja.

Disebabkan itu, perlawanan telah menjadi lebih panjang. Patut-patut buleh habis awal dan merayakan kemenanngan, dah kena main lama. Hah...padan muka! amik ko! Sapo suruh lepar bedil nyo?? Kan Daud Su dah jadi confuse, tertanduk ke jaring sendiri. Sian Daud Su. Habis la dio kena marah. Mesti lepas habis perlawanan tu Daud Su akan mengigau, trauma..kerana beliau telah mengheret perlawanan menjadi lebih lama, sehingga terengganu berjaya menjaringkan gol ke 2, termasuk yg dia tolong tandukkan tu.

Mula-mula, geram jugak dengan Daud Su..heheh (saya tak perasan pun muka dia, tapi saya dgr suami saya duk ngomel daud Su...daud Su.... sian daud su..) Tapi, saya geram pada yg lempar bedil tu lagi. huh! germ sungguh! Kepada yg baling mercun, main bedil tu, lenkali sila tonton di rumah sahaja, tak payah nak menyibuk menyesakkan stadium. Bikin panasss!

1 comment:

  1. haha.. redha je la dgn kemenangan skuad penyuekeke.. :p nananana trg kiter..

    ReplyDelete