Wednesday, June 8, 2011

.: Kembali dari kampung halaman.. 2011

Alhamdulillah, kami telah selamat kembali ke Tg Malim, setelah bercuti di kota Bharu kelantan yang aman lagi permai...

Antara aktiviti yang telah berlaku:

Melawat ladang kambing Harris... Harris cakap kambing dia nama udin... seronok dia main dgn kambing. Wafiy pun sgt seronok main bersama sepupu dan kambing itu. Maryam juga tidak ketinggalan. Semua yang abang dia buat, dia nak buat... main pasir dengan penuh perasaan setelah mendapat restu dan sokongan moral tok ummy nya.
Saya turut membawa bekalan susu kambing yang telah dibekukan untuk kesegaran sebanyak 50 botol ke Tg Malim. Peti ais saya sekarang penuh dengan susu kambing yang lazat lagi berkhasiat.

Sangat seronok melihat semua org sihat walafiat. Walid dan ummy saya kelihatan sihat dan ceria walaupun saya tahu banyak juga yg berserabut di fikiran masing-masing. Ini semua rahmat dari Allah. Semoga mereka terus diberikan kekuatan, rahmat dan kasih sayangMu. Semoga Walid saya dan Ummy saya sentiasa hidup berkasih sayang sampai bila-bila (walaupun ummy saya kata dia dah berkedut berkeriput)... hehehehe.....

Kedut dan keriput adalah lumrah. Walau kak Nita Astana sekalipun, tetap nampak keriput dan kedutnya..hehe... (dia memang dah tua..tp masih melawa... pastikan perbezaan antara lawa dan melawa).

Saya harap, walaupun saya dah berkeriput dan berkedut seribu sekalipun, suami saya akan tetap mengingati yang saya pernah gebu dan licin suatu masa dulu..hihihi.... itu pun kalu masih hidup sampai berkedut dan berkeriput.

Masa di rumah ummy saya, saya ada membaca buku panduan hidup bersyariat tulisan Dato' Ismail Kamus. Saya terbelek muka surat yang mana selama ni kalu saya terpandang pun halaman itu, saya akan belek ke halaman yg lebih menarik dan menyeronokkan. Entah kenapa, bila usia dah menjelang ke kepala 3 ni, saya buleh layan pula bab tersebut. Bab Pengurusan Jenazah.

Dalam bab pengurusan jenazah tu, dia ajar macam mana nak mandikan mayat. Nak kafankan mayat..sampailah selamat ditanam di kuburan. Selama ni saya cukup mengelak untuk mendalami ilmu ini. Tapi, sampai bila saya nak lari. Samada saya pergi dulu, atau orang-orang yang saya sayang pergi dulu. Sekurang-kurangnya, saya pernah cuba untuk bersedia....walau saya tahu, saya tak akan pernah bersedia untuk perpisahan sebegitu.

Sedih pulok tulis bab mati nih.

Ok lah. Tulis bab nak beranak pulak.

Masa atas highway, banyak kali saya rasa sakit-sakit perut. Saya sentiasa berdoa, kalu nak bernak pun, biarlah dekat-dekat dengan hospital. Alhamdulillah, saya tak beranak pun atas highway tu. Menurut ofismate saya, dah ada dah kawan satu ofis ni yang terberanak masa on the way balik kampung.

Maka, saya terus teringat potongan ayat Al-Quran, yang maksudnya lebih kurang, tak akan pernah terjadi apa-apa kecuali Allah yang menginginkannya terjadi. So, tawakkal ajo lah....

No comments:

Post a Comment