Monday, June 20, 2011

.: Kalu tak suka budak, kenapa jadi pengasuh???

Haa..itu la persoalan yang menjadi tanda tanya di benak fikiran mak ni yg semestinya belum benak lagi ni.
Mak geram!! mak geram!!
Asyik2 mak rasa diorg nak kenakan mak aje! Kalu diorg nak kenakan mak pun, mak tak pernah nak amik kisah...tp kalu dah kena tempias tu kat anak-anak mak, mak buleh naik hangin tau!!!

Hari ni mak dah tak pedulik..larat tak larat, mak dah naik jumpa pengerusi taska...tak cukup dgn itu, mak dah mengadu dgn org kuat no 2 persatuan kebajikan staff di sini, perihal pe'el perangai pengasuh di taska anak-anak mak tu! org kuat no 1 mak belum jumpa lagi, kalu jumpa, mak akan bgtau jugak.

Ha..mak dah nak bertukar jadi Armour Hero dah ni. Geram..sampai sebak dada ni... tak henti- memanjatkan doa, semoga anak-anak mak sentiasa dilindungi Allah selalu. Nasib baik anak-anak mak semuanya kuat-kuat dan ceredik-ceredik.

Ibu ni dianugerahkan naluri yg luarbiasa dari Allah Taala. Boleh rasa kalu anak kita tak happy kat sesebuah nursery tu. Sepatutnya, dah dekat setengah tahun hantar taska sama ni, sekurang-kurangnya kita dah boleh nampak anak kita tu sayang kt pengasuh dia. Ini tidak. macam tension je anak mak, lebih2 lagi si Maryam. Pastu bila balik rumah, dia pandai marah abang dia dgn kata-kata.."Aaaaammmmboiiii!! Pukul nak??"
Hah, saper yg mengajar tu semua, takkan tiba2 budak 2 tahun buleh tahu nak cakap macam tu kan? Kalu Maryam memang cipta sendiri kata-kata tu, mmg luarbiasa betul la ye???? Pandai cubit , pandai pukul...saper ajar? Wallahua'lam.

Tengahari lepas, masa mak nak amik Maryam, terkial-kial pengasuh-pengasuh mencari tuala Maryam. Habis, setiap hari dia kongsi tuala dgn kawan2 dia ke? Cukup seminggu hari jumaat baru pengasuh dia camkan betul2 mana satu tuala masing-masing untuk di bawa pulang? Pastu, asal maryam muntah je, dia suh mak bawak balik karpet untuk dibasuh. Tengok mak budak lain takder pun kena bawa balik kapet?

memang betul la., pengasuh ni agaknya naik geram sebab mak asyik gi cek anak-anak mak kat nursery. Bukan niat nak cari kesalahan pun, cuma rasa nak tgk. memang itupun yg selalu mak buat masa di Sabah dulu. Pengasuh kat Sabah tak pernah ada masalah pun dgn kehadiran ibu bapa menjenguk anak-anak time rehat tengahari. Kenapa di sini diorg bermasalah sgt?? Sebab mengganggu aktiviti rehat2 mereka agaknya?

Pengasuh2 ni lebih baik jadi pelayan kat Pizza hut, KFC atau McD je..tak payah nak jaga anak-anak org. Agaknya, kalu Allah dah kurniakan diorg ni anak besok, baru diorg tahu cemana perasaan ibu-ibu yg tinggalkan anak kat diorg.

2 comments:

  1. sabar yer nyah.. mak paham perasaan ko tu. bab2 kebajikan anak ni mmg ko tak lepas tangan. mak doakan anak2 mak semua sihat walafiat dan dijauhkan dr apa2 masalah.

    ReplyDelete
  2. sekarang taska PSAS ada lagi x?anak2 farah tinggal mana sekarang?sebab saya dengar yg jaga taska INSTUN ni org dr Taska PSAS...bila terbaca ni cuak gak...

    ReplyDelete